Wednesday, July 28, 2010

Pelaburan yang bijak - Emas

Harga emas semakin turun, inilah peluang yang sesiapa inginkan keuntungan yang tinggi. Anda patut membeli emas pada waktu ini kerana apabila harga emas melonjak naik semula anda boleh jual emas itu dan dapatkan untung.
Anda juga boleh menyimpan sahaja emas itu, dan tunggu beberapa tahun untuk mendapat untung berganda-ganda dengan menjual emas tersebut. Anda tak nak ke?. Bagaimana saya boleh kata anda boleh mendapat untung berganda-ganda adalah melalui pengiraan ini:

Harga emas999 sekarang 29/7/2010 RM145 segram
Katakan harga emas setahun naik RM15 segram
Diandaikan jika anda jual pada tahun 2015 harga telah menjadi (145+(15*5))RM220 segram.
Anda sudah untung sebanyak RM75 segram dalam masa 5 tahun.

Mari kita sambung pula, kalau anda mempunyai 100gram simpanan emas. Anda akan mendapat untung sebanyak RM7500 (100gxRM75) pada tahun 2015.
Cuba anda bayangkan dalam masa 5 tahun anda sudah mempunyai untung RM7500.

Cuba anda bandingkan dengan pelaburan ASB pula.
Jika anda meletakkan jumlah pelaburan ASB sebanyak RM14500 merupakan jumlah yang sama untuk membeli emas (RM145x100g).
Setahun pelaburan jangkaan dividen adalah 8%
Jika anda menyimpan selama 5 tahun anda akan dapat keuntungan sebanyak RM5800 (RM14500x8%x5)

Perbezaan harga antara pembelian emas dengan pelaburan ASB sebanyak RM1700 (RM7500-RM5800) dimana terdapat kelebihan dari segi pembelian emas.

Jadi anda fikir-fikirkan dan jadilah jutawan emas suatu hari nanti.

Nantikan kemunculan jutawan emas dengan jutawan kertas