Menyimpan Emas Tetap Menguntungkan.
Kenapa kita perlu menyimpan emas?
Kita perlu menyimpan emas kerana
1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin
Pada waktu ini kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, percayakah kita suatu hari nanti emas dapat membantu dalam urusan harian kita.
Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.
Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah kertas yang boleh dicop sesuka hati untuk menjadi duit.
Peranan emas ketika harga emas menurun
Pada kebiasaannya harga emas turun disebabkan beberapa faktor. Ia merupakan fonomena biasa dan bersifat sementara dan akan kembali melonjak ke aras sepatutnya dengan cepat kerana nilai dan permintaan semasa yang amat tinggi. Sekiranya harga menurun maka peluang pelabur mendapatkan keuntungan adalah berlipat ganda berbanding kenaikan secara berterusan. Permintaan dan nilai logam ini telah pun terbukti sejak beribu tahun dulu lagi.