Ada orang bertanya untung ke keluar duit ASB untuk beli emas?. Soalan ini telah saya jawab dalam tulisan saya yang terdahulu. Jawapan yang saya berikan ialah memang menguntungkan berbaloi-baloi. Dividen yang diberikan oleh ASB purata dalam 8% ke 9% setahun tetapi purata keuntungan emas sebanyak 20% ke 37% setahun. Macam mana banyak tak keuntungan dalam pembelian emas ini. Untuk melihat pembuktian keuntungan emas ini anda boleh layari www.kitco.com dibahagian chart and data.
Cuba anda bayangkan, anda beli/labur RM10000 untuk pembelian emas. Anda kira berapa keuntungan yang anda dapat jika keuntungan 20% setahun. Anda akan dapat RM2000 bukan. Katakan anda memerlukan duit (macam keluar ASB awal tahun selepas dapat dividen) anda boleh pajak emas anda dan dapatkan duit atau jual emas tersebut. Jika anda pajak emas tersebut anda mendapat duit pajak yang anda perlukan dan emas anda masih lagi milik anda. Jika anda ingin menjual emas, anda boleh jual beberapa keping dinar mengikut keperluan kewangan anda.
Walau apapun pelaburan dalam emas adalah yang terbaik dulu kini dan selamanya. Bagi yang berminat tentang emas ini anda boleh membeli 1 dinar serendah dalamRM650 pada masa sekarang. Bagi yang berkemampuan anda boleh membeli 20gram, 50gram atau 100gram.