Anda pernah terfikir tak duit yang anda simpan setiap bulan dalam bank untuk simpanan masa tua atau untuk perancangan masa hadapan, adakah ianya menguntungkan dalam masa jangka panjang. Mungkin anda berkata kalau kita menyimpan dalam jangka masa panjang memang menguntungkan sesangat. Jawapan yang anda berikan itu betul tetapi kurang tepat. Kerana anda terfikir tak dalam masa yang lama anda menyimpan itu, apakah keadaan ekonomi dalam keadaan stabil, harga barang tidak naik, perbelanjaan anda tidak meningkat. Sebenarnya semua keadaan itu anda perlu ambil kira dan penyelesaian permasalahan itu boleh diatasi dengan membeli emas. Duit yang anda simpan apabila sampai tempoh anda perlukan, duit tersebut tidak menyeimbangkan nilai barang yang ingin dibeli.Katakan anda ingin membeli rumah banglow, pada waktu ini harga rumah banglow berharga RM150,000. Pada lima tahun akan datang rumah yang sama juga harga rumah banglow tersebut mungkin telah mencecah RM250,000. Dengan pembelian emas anda dapat membeli barang-barang keperluan dan kehendak anda dengan hati yang senang.
Saya syorkan anda bertukarlah dari memyimpan duit di dalam bank setiap bulan kepada pembelian emas setiap bulan sekurang-kurangnya 1 dinar setiap bulan.