Tuesday, August 3, 2010

Jenis-jenis emas

Sejak saya menceburi bidang emas ini, baru saya mengetahui emas sebanarnya ada banyak jenis.

Emas rupanya ada pelbagai gred atau jenis seperti EMAS 24 karat, Emas 22 karat, Emas 20 karat, Emas 18 karat, Emas 16 karat, Emas 14 Karat, Emas 12 Karat, dan Emas 10 Karat.

Emas tulin atau pure gold adalah Emas 24 Karat atau ketulinan 99.99% dan lebih dikenali Emas 999 manakala Emas yang digunakan untuk barang kemas adalah Emas 22 Karat atau juga lebih dikenali sebagai Emas 916, dan Emas 21 Karat dikenali sebagai Emas 835.

Emas yang paling berharga atau mempunyai nilai yang tinggi ialah emas 999.

Walauapapun, emas yang hendak dibeli apa jenis pun bergantung kepada kemampuan masing-masing. Apa jenis emas pun tetap ada harga.