Monday, December 27, 2010

KENAIKAN HARGA EMAS

Benarkah harga emas akan naik?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, kita kaji kenapa harga emas naik.
Emas naik kerana terdapatnya permintaan.
Emas dijadikan barang perhiasan atau barang kemas. Golongan wanita amat meminati barang kemas walaupun harga emas sentiasa naik, kehendak untuk memiliki barang kemas ada disetiap naluri seorang wanita.
Emas digunakan dalam industri elektronik dan komputer. Pada masa sekarang industri ini memang berkembang dengan cepat. Apabila industri ini maju ia memerlukan banyak emas dan harga emas akan meningkat.

Jadi emas yang kita ketahui dari dahulu hingga kini, harganya sentiasa meningkat.

Thursday, December 23, 2010

SIMPAN DINAR

SIMPAN DINARAnda pernah terfikir tak duit yang anda simpan setiap bulan dalam bank untuk simpanan masa tua atau untuk perancangan masa hadapan, adakah ianya menguntungkan dalam masa jangka panjang. Mungkin anda berkata kalau kita menyimpan dalam jangka masa panjang memang menguntungkan sesangat. Jawapan yang anda berikan itu betul tetapi kurang tepat. Kerana anda terfikir tak dalam masa yang lama anda menyimpan itu, apakah keadaan ekonomi dalam keadaan stabil, harga barang tidak naik, perbelanjaan anda tidak meningkat. Sebenarnya semua keadaan itu anda perlu ambil kira dan penyelesaian permasalahan itu boleh diatasi dengan membeli emas. Duit yang anda simpan apabila sampai tempoh anda perlukan, duit tersebut tidak menyeimbangkan nilai barang yang ingin dibeli.

Katakan anda ingin membeli rumah banglow, pada waktu ini harga rumah banglow berharga RM150,000. Pada lima tahun akan datang rumah yang sama juga harga rumah banglow tersebut mungkin telah mencecah RM250,000. Dengan pembelian emas anda dapat membeli barang-barang keperluan dan kehendak anda dengan hati yang senang.

Saya syorkan anda bertukarlah dari memyimpan duit di dalam bank setiap bulan kepada pembelian emas setiap bulan sekurang-kurangnya 1 dinar setiap bulan.

DIVIDEN ASB

dividen asbAlhamdulillah, dividen ASB telah diumumkan, nak keluarlah semua duit dividen dan sebahgian prinsipal ASB nak beli emas.

Ada orang bertanya untung ke keluar duit ASB untuk beli emas?. Soalan ini telah saya jawab dalam tulisan saya yang terdahulu. Jawapan yang saya berikan ialah memang menguntungkan berbaloi-baloi. Dividen yang diberikan oleh ASB purata dalam 8% ke 9% setahun tetapi purata keuntungan emas sebanyak 20% ke 37% setahun. Macam mana banyak tak keuntungan dalam pembelian emas ini. Untuk melihat pembuktian keuntungan emas ini anda boleh layari www.kitco.com dibahagian chart and data.

Cuba anda bayangkan, anda beli/labur RM10000 untuk pembelian emas. Anda kira berapa keuntungan yang anda dapat jika keuntungan 20% setahun. Anda akan dapat RM2000 bukan. Katakan anda memerlukan duit (macam keluar ASB awal tahun selepas dapat dividen) anda boleh pajak emas anda dan dapatkan duit atau jual emas tersebut. Jika anda pajak emas tersebut anda mendapat duit pajak yang anda perlukan dan emas anda masih lagi milik anda. Jika anda ingin menjual emas, anda boleh jual beberapa keping dinar mengikut keperluan kewangan anda.

Walau apapun pelaburan dalam emas adalah yang terbaik dulu kini dan selamanya. Bagi yang berminat tentang emas ini anda boleh membeli 1 dinar serendah dalamRM650 pada masa sekarang. Bagi yang berkemampuan anda boleh membeli 20gram, 50gram atau 100gram.

Wednesday, December 15, 2010

Hadith Emas dan Perak

dinar dan dirhamBeberapa minggu lagi kita akan menyambut tahun baru 2011. Bagi tahun baru kalendar Islam, apa azam dan penghijrahan yang anda ingin lakukan.

Tahun baru setiap orang perlu berubah dalam pelbagai aspek iaitu dari segi sikap, pemikiran, kelakuan dan sebagainya daripada negatif ke positif, dari jahat kepada baik. Di sini saya ingin menekankan tentang persiapan kita sebagai umat islam dalam aspek simpanan dan perbelanjaan.

Tahukan anda sistem kewangan perbankan kebanyakan kita lakukan selami ini adalah secara konvensional bermaksud tiada sistem kewangan islam. Saya bukannya arif tentang ilmu agama ini, tetapi dari apa yang ketahui, sistem yang selama ini dilakukan kebanyakannya mengandungi unsur-unsur riba dan keraguan.

Apakah penyelesaian dalam menghadapi masalah ini? Penyelesaian yang boleh kita lakukan dengan membeli emas dan perak (dinar dan dirham). Di bawah ini merupakan hadis yang memberitahu tentang emas dan perak.

"Allah jadikan dua logam yang bernilai (emas dan perak) sebagai pengukur kepada barangan dagangan. Logam ini seringkali dijadikan ukuran kekayaan seseorang. Walaupun adakalanya barangan dagangan lain turut menyimpan nilai yang tersendiri, akhirnya ia akan digunakan untuk mendapatkan emas dan perak. Barangan dagangan lain terkesan akibat turun naik pasaran, sedangkan emas dan perak tidak" - Ibnu Khaldun-

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Untuk mengetahui tentang riba dalam sistem kewangan sekarang, anda tonton "video" di sebelah kanan blog ini video bulan November 2010.

Friday, December 10, 2010

TAHNIAH PENYIMPAN EMAS PUBLICGOLD

SIMPAN EMASAlhamdulillah, semakin ramai yang celik tentang emas, tetapi masih ada lagi yang tidak tahu dan tidak mahu mendengar kebaikan dalam menyimpan emas terutama emas fizikal publicgold.

Bagi yang telah memiliki emas publicgold saya ucapkan tahniah anda sedang menuju puncak kejayaan dan kesenangan. Simpanan emas telah diketahui dari dahulu mempunyai nilai yang tinggi dan terus tinggi pada masa akan datang. Jika dibanding dengan simpanan wang fiat(kertas), wang anda akan mengurang harga dari tahun ke tahun. Sebagai contoh dengan wang bernilai RM50 dari tahun ke tahun apakah jenis barang yang dapat anda beli, adakah bilangan (kuantiti) barang yang sama dapat anda beli. Tidak sama bukan, barang yang anda beli akan berkurangan dari tahun ke tahun kerana nilai barang yang anda beli itu telah naik harga.

Tetapi dengan simpanan emas, anda dapat menyeimbangkan harga barang itu. Ia bermaksud emas yang anda simpan itu dapat menambahkan wang anda apabila anda menjual emas tersebut dan anda tidak perlu bimbang untuk mengeluarkan wang untuk membeli barang keperluan lagi kerana tidak cukup wang.

Rebut sekarang harga emas telah turun semula yang sebelum ini telah mencecah harga RM3200 sebelum ia naik dan terus naik. Ada wang terus beli yer.....

Sunday, December 5, 2010

SERONOK DAN ADA DUIT TERUS BELI

Seronoklah bagi yang mempunyai simpanan emas yang banyak kerana harga emas semakin naik. Bagi yang baru nak beli emas rasa menyesal lak tak beli masa harga rendah dahulu. Iyelah ingatkan harga dahulu tu boleh turun, rupanya lagi naik dan mahal.

Tak apa lepas ni kena ikut cakap sifu "ada duit terus beli, tak perlu tunggu harga jatuh". Kadang-kadang saya ikut cakap sifu, kadang-kadang tak ikut juga, bila tak ikut itulah jadinya.

Sekarang harga emas 20gram pg berharga RM3220, 1 dinar pula dalam RM666

Friday, December 3, 2010

HARGA EMAS NAIK MENCECAH USD1400

harga emas naikKlik gambar untuk lihat dengan lebih jelas. Harga emas telah menunjukkan kemampuannya melepasi USD1400. Macam mana masih tunggu lagi untuk membeli emas. Emas akan tetap naik lagi. Jika tunggu nak turun semula tak tahu bila, tapi jangkaan penganalisis emas akan mencecah USD2000.