Saturday, October 30, 2010

WANG UNTUK KAHWIN

wang untuk kahwinTidak lama lagi musim cuti sekolah, banyaklah pasangan yang ingin mendirikan masjid iaitu berkahwin. Mendirikan masjid memang baik, tetapi bagaimana persiapan untuk mendirikannya. Persiapan dari segi kewangan sudah cukupkah.

Bagi lelaki banyak belanja kewangan yang perlu difikirkan ialah sebelum dan selepas perkahwinan. Sebelum perkahwinan bagi lelaki perlu menyediakan wang hantaran, mas kahwin, cincin, belanja majlis sama ada buat di hotel, dewan atau di kawasan rumah sendiri. Selepas kahwin wang belanja dapur, belanja rumah sewa, belanja elektrik, air dan telefon, belanja honey moon dll itu semua perlu difikirkan.

Bagi perempuan belanja kewangan sewaktu berkahwin mungkin dari segi persiapan bilik pengantin, pelamin, mak andam , foto perkahwinan dll.

Samada lelaki atau perempuan persiapan kewangan memang perlu dirancang. Ada sesetengah pasangan membuat pinjaman bank, dapat duit terus berkahwin. Patutkah begitu. Sebenarnya pinjaman boleh dibuat jika ia membawa kepada keuntungan kepada kita. Contohnya buat pinjaman untuk beli emas atau buat pelaburan yang sah. Bagi saya pinjaman kalau untuk berkahwin macam cerita p.ramlee iaitu seniman bujang lapok yang part laki tu marah bini dia dengan anak masih kecil dan ramai tapi masih tak dapat bayar hutang.
Untuk penyelesaian masalah kewangan dalam perkahwinan ini, pelaburan dalam emas fizikal dapat membantu anda. Bagaimana caranya?

Katakan anda ingin berkahwin dalam 5 tahun lagi. Anda ada simpanan sendiri beli emas dahulu. Dengan membeli emas fizikal dapat meningkatkan keuntungan anda berbanding menyimpan di dalam bank. Keuntungan ini berdasarkan harga emas yang meningkat pada setiap tahun pada kadar purata 20% setahun berbanding dengan dividen yang diterima dari bank lebih kurang 8% setahun.

Jika anda tidak mempunyai simpanan yang banyak untuk membeli emas fizikal anda boleh membuat pinjaman bank. Pastikan anda membuat pinjaman dengan dapat membayar pinjaman pada setiap bulan sehingga lima tahun. Bukannya membuat pinjaman waktu-waktu terdekat sewaktu anda ingin berkahwin kerana dengan cara itu amat merugikan anda.

Setelah anda membeli emas fizikal anda simpan sehingga lima tahun dan pada waktu tersebut anda telah mendapat sekali ganda dari pelaburan emas awal anda. Contohnya anda beli emas fizikal waktu mula-mula dahulu RM10,000 setelah lima tahun emas anda telah menjadi sekali ganda lagi bermakna anda telah mendapat RM20,000. Dengan wang itu anda boleh membuat persiapan perkahwinan anda.

Selain itu, emas fizikal tersebut boleh dijadikan sebagai hantaran perkahwinan yang tinggi nilainya walaupun dengan sekeping 20gram.

Selain itu juga, anda boleh mendapatkan wang dengan teknik rempit emas fizikal di Agrobank dalam waktu-waktu terdekat anda ingin mendirikan masjid. Anda dapat duit dari kaedah itu
dan dalam tempoh enam bulan kemudian anda dapat semula emas anda setelah anda selesai membayar semula wang yang anda dapat dari teknik merempit itu.

Macam mana menarik bukan dengan pelaburan emas ini. Rancanglah masa hadapan anda dari awal. Jangan tunggu lama harga emas semakin naik.

RANCANGLAH PERKAHWINAN ANDA DARI SEKARANG DENGAN MEMBELI EMAS FIZIKAL.
SELAMAT MENDIRIKAN RUMAH TANGGA.

Friday, October 29, 2010

KERJA MUDAH JANA PENDAPATAN

Jika kita lihat pergerakan harga emas daripada bulan Januari, maka kita dapati harga emas telah meningkat sebanyak 37%

Harga emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 / Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 / Oz

Sumber : www.lbma.org.uk (klik sini)

harga_emas_naik_37_peratus

Bagi sesiapa yang membeli emas dari awal tahun, anda pasti tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas yang tinggi nie.

Bagi mereka yang masih ternanti-nanti, tak beli lagi dan masih tertunggu-tunggu harga emas murah, meh sini saya nak bagitau.

Persepsi harga emas masih mahal @ terlalu mahal.

Bilakah anda ingin memulakan untuk membeli emas jika anda asyik mengatakan tunggu dulu emas turun, tak ada duit nak beli emas, risau kalau simpan emas dll. Walaupun anda tahu kelebihan menyimpan emas adalah menguntungkan. Persepsi orang rata-rata mengatakan harga emas mahal. Apa saja harga emas, mesti orang cakap harga emas mahal.

Jarang saya jumpa orang cakap harga emas nie murah:

Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal

Kesimpulannya, apa pun harga emas, orang akan cakap harga emas mahal.

Jadi, bila boleh beli emas nampaknya, dari tahun ke tahun harga emas memang naik. Kalau asyik dengan "tunggulah..... harga emas tengah naik sekarang.....tak boleh beli" alamatnya tak beli emaslah jawabnya.

Bila masa nak beli emas?

Sebenarnya, waktu yang terbaik untuk membeli emas ialah waktu anda ada duit yang mencukupi.

Kalau duit dah cukup.. beli ajer dan simpan. Gerenti untung sebab harga emas masih berpotensi untuk bergerak naik mencecah 2500 USD/Oz.

hehehe.. banyak tu.. peluang menjana keuntungan masih terbuka luas.

Jangkaan harga emas boleh mencecah USD2500/Oz?

cover_depanBaiklah, saya ingin berkongsi maklumat daripada sebuah buku yang bertajuk: The Trader’s Great Gold Rush - Must Have Methods for Trading and Investing in the Gold Market.

Buku ini ditulis oleh James DiGeorgia.

Beliau merupakan pengasas Gold and Energy Advisor (www.goldandenergyadvisor.com) dan merupakan pakar di dalam bidang pelaburan emas dan komoditi.

kerja mudah jana pendapatanDi dalam buku ini, James DiGeorgia yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500 / Oz kerana 4 sebab utama:

1. Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya
akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.
2. Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas
3. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik
(perang atau ketidakstabilan politik)
4. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.

.
Beliau menyatakan “Apa yang menarik mengenai harga emas ialah trend kenaikan harga emas - bull market boleh bertukar menjadi raksasa”.

Harga emas tidak akan naik terus menerus dalam garisan lurus, akan berlaku penurunan harga semasa proses kenaikan (market correction), tetapi di dalam jangkamasa panjang harga emas akan meningkat.

Beliau memberikan nasihat berikut ” Beli emas sebagai pelaburan sekarang sebelum pasaran emas menjadi panas (orang berpusu-pusu membeli emas). Lepas tu kita boleh bergembira melihat kenaikan harga emas daripada USD1000 kepada USD2500″.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my seperti disebelah sebagai panduan.

Mari kita kira berapa harga emas 999 jika harga mencecah USD 2500.
USD2500/28.35g=USD88.18xRM3.20=RM282.19
Bezakan dari harga RM160/gram dijangkakan menjadi RM282/gram. Berapa harga agaknya 20gram emas suatu hari nanti kalau kita beli emas pada harga RM282/gram. Kalau sekarang 20gram dalam sekitar RM3k.

Itu kalau kita beli waktu itu (RM282.19), bagaimana kalau kita jual pula pada harga tersebut (RM282.19) banyak untung maaa......Jadi, masa inilah kita patut membeli emas banyak-banyak untuk mendapatkan untung pada harga RM282/gram.

"DAPAT DUIT TERUS BELI, MASA ITU EMAS "

BELI KERETA IDAMAN

beli kereta idaman,mewahSetiap orang mempunyai simpanan wang untuk masa hadapan. Daripada simpanan itu, anda mempunyai cita-cita ingin memiliki kereta mewah seperti BMW, Mercedes, Honda dll. Agak-agaknya berapa lama cita-cita anda itu dapat direalisasikan.

Anda ingin tahu tak dengan pembelian emas fizikal, anda mampu memiliki cita-cita anda dengan mudah.

Pembelian Emas Fizikal
Katakan anda mempunyai wang sebanyak RM100,000 melalui simpanan anda.

(last updated 29/10/10 11:30 PM)


We SellWe Buy
20 gramRM 3051.00RM 2868.00
50 gramRM 7592.00RM 7174.00
100 gramRM 15113.00RM 14357.00
1 kilogramRM 151127.00 RM 143571.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Dari wang tersebut anda dapat membeli 6 keping jongkong emas 100gram berjumlah 600 gram dengan harga RM90,678. Boleh lihat harga diatas jadi anda mempunyai baki sebanyak RM9322 daripada RM100,000 tadi.
Setelah tiga tahun anda menyimpan emas tersebut anda ingin menjual untuk membeli kereta idaman anda. Purata minimum kenaikan keuntungan dianggarkan sebanyak 20% setahun.

Oleh itu, keseluruhan hasil jualan emas adalah sebanyak RM145,157 dengan pengiraan RM90,678 + RM54,479 (RM15113x6kepingx3thnx20%)keuntungan ditambah dengan baki lebihan wang RM9322 adalah RM154,479 selama 3 tahun menyimpan emas.

Wang disimpan di bank (ASB)
Wang anda sejumlah RM100,000 disimpan di ASB.
Pemberian dividen sebanyak 8% setahun
Tahun 1- 100,000x8% =RM8,000 + RM100,000 = RM108,000
Tahun 2-108,000x8%= RM8,640 + RM 108,000 =RM116,640
Tahun3-116,640 x 8%= RM9331.2 + RM116,640 =RM125,971.20
*Diandaikan segala dividen tidak keluarkan.

Nampaknya setelah 3 tahun menyimpan dalam ASB anda hanya memperolehi RM125,971.20 berbanding dengan pembelian emas tadi sebanyak RM154,479.

Diandaikan dividen yang diberikan adalah 8% setahun bagaimana jika dividen pada tahun yang dinyatakan tidak kekal dan dibawah 8%. Bermaksud simpanan anda tidak akan mencapai RM125,971.20. Selalunya PNB memberi dividen berdasarkan kepada keuntungan yang dilaburkan oleh pihak PNB. Baru-baru ini berita mengatakan Sime Darby telah mengalami kerugian berbilion, jadi bagaimana dengan dividen pada tahun ini kerana PNB ada membuat pelaburan di Sime Darby. Satu lagi berkaitan dengan menara warisan yang akan dibina oleh PNB macam mana pulak tu. Saya pun ada juga menyimpan dalam ASB sebagai alternatif dan mengharapkan pulangan yang tinggi dari PNB. Saya pun harap PNB tiada masalah dari pemberian dividen. Walaubagaimanpun emas fizikal tetap pelaburan nombor satu.

Bagaimana dengan emas pula, tiada kejatuhan ker?. Menurut jangkaan penganalisis emas, dijangkakan emas akan melonjak ke 2500 USD yang sekarang pada harga 1350 USD. Anda boleh baca kenyataan itu di dalam web publicgold.

Kita berbalik semula kepada tujuan asal kita iaitu ingin membeli kereta idaman. Macam mana sekarang, setelah 3 tahun anda dapat tak beli kereta idaman anda dengan harga RM154,479.
Perlu anda ketahui harga RM154,479 adalah daripada purata minimum keuntungan. Purata ini adalah yang terendah dan sebenarnya anda boleh mendapat lebih tinggi daripada itu. Anda boleh semak sendiri daripada laman www.kitco.com di charts dan data.

Selain itu, anda juga boleh mendapat lebih banyak emas melalui teknik rempit.

"Pelaburan emas fizikal menjamin masa hadapan anda"

WANG ADA BELI EMAS

ada wang beli emas
Bagaimana saya ingin beli emas ini encik?

Kalau anda ingin membeli emas ini, anda boleh hubungi saya 012-3697721. Saya ingin tahu beberapa perkara:
1. Beritahu emas yang anda ingin beli 20g, 50g atau 100g.

2. Beritahu harga emas yang anda ingin beli. Dengan melihat laman web www.publicgold.com.my pada paparan harga emas sebelah kanan anda atau anda boleh sms dengan menaip "Public gold" dan hantar ke 32828 untuk melihat harga emas semasa public gold yang seperti dalam web public gold juga.
(harga emas public gold akan bertukar setiap 20 minit)

(* terdapat caj penghantaran yang ditetapkan oleh Public Gold iaitu dengan pembelian setiap 1 keping 20g dikenakan caj RM10, 1 keping 50g caj RM20 dan setiap 1 keping 100g cajnya RM30)

3. Setelah lock harga, kita akan tetapkan masa, bila dan dimana untuk berjumpa. Anda perlu membawa duit tersebut berdasarkan harga yang telah anda lock dan bersama duit kos penghantaran atau boleh masukkan duit tersebut di akaun saya Suhaimi Sulaiman 154062004070 Maybank, bawa sekali resit sebagai bukti pembayaran.

4. Setelah selesai pengesahan pembayaran dilakukan anda akan menerima emas fizikal anda tersebut.

'PELABURAN TERBAIK PADA MASA KINI DAN SELAMANYA ADALAH EMAS FIZIKAL'

Thursday, October 28, 2010

MENUNAIKAN HAJI

Simpanan untuk jangka masa panjang. Apa perancangan anda pada masa hadapan dalam tempoh 5 tahun akan datang?. Masing-masing mempunyai impian tersendiri. Bagi memenuhi impian itu anda memerlukan wang bukan?. Ada yang merancang untuk berkahwin, menunaikan haji, pergi melancong, memakai kereta mewah, membeli rumah idaman dll pada masa hadapan.

Jadi apakah perancangan anda untuk mencapai impian anda itu?. Jalan penyelesaiannya adalah dengan melabur dalam emas fizikal. Anda beli/bayar anda dapat emas.

menunaikan hajiMENUNAIKAN HAJI
Saya ambil satu contoh impian anda seperti ingin menunaikan haji dan kos menunaikan haji adalah sebanyak RM12,000 pada masa sekarang 2010, kalau saya tak silap. Anda ingin pergi haji dalam masa lima tahun akan datang iaitu pada 2015.

Beli emas fizikal
Anda beli emas fizikal dengan berat 20gram pada masa ini RM3000 dan anda simpan.
Kemudian anda buat simpanan biasa di bank setiap bulan sebanyak RM200 sebulan sehingga 5 tahun (RM200x12bulanx5thn) dan jumlah simpanan tersimpan sebanyak RM12,000.
Apabila telah cukup wang RM12,000, anda membawa wang tersebut ke tabung haji setelah lima tahun.

Semasa anda ingin membayar wang tersebut, agak-agak anda kos untuk menunaikan haji tahun 2015 masih sama ke dengan harga pada tahun 2010. Semestinya tidak sama dan kos sebenarnya telah meningkat mungkin telah menjadi RM15,000 dalam masa lima tahun tersebut. Peningkatan berlaku mungkin disebabkan harga penerbangan yang tinggi kerana harga minyak telah naik, mungkin juga disebabkan kos tempat tinggal dan kos pengurusan. Anda hanya memerlukan RM3,000 lagi untuk mencapai impian anda itu.

Pada masa inilah emas fizikal dapat membantu anda. Dalam masa lima tahun tersebut harga emas mungkin telah meningkat dijangka purata minimum kenaikan sebanyak 20% setahun. Jika anda menjual emas anda pada tahun itu(2015), anda dapat menjual dengan harga RM6,000. Jadi, dengan wang itu anda boleh membayar baki kos untuk menunaikan haji. Selebihnya sebanyak RM3,000 anda boleh simpan.

Simpan wang selama 5 tahun
Jika anda mengunakan kaedah ini pula, anda perlu membayar sebanyak RM250 sebulan selama lima tahun untuk menjadi (RM250x12blnx5thn) RM15,000. Mungkin anda mengatakan tiada beza pun hanya tambah RM50 je iaitu dari RM200 ke RM250. Tetapi cuba anda bezakan pula, dengan kaedah emas tadi ia mempunyai lebihan wang sebanyak RM3,000 banyak tu berbanding dengan kaedah simpanan sahaja. Kaedah ini anda simpan wang untuk cukup-cukup sahaja.

Tadi saya juga hanya mengunakan anggaran kenaikan kos haji sebanyak RM5,000 selama lima tahun bagaimana kalau kenaikan lebih daripada itu. Maksudnya impian anda untuk menunaikan haji perlu ditangguhkan untuk setahun lagi nampaknya kerana tak cukup syarat pembayaran.

Pilihan ditangan anda, disini saya hanya menjelaskan faedah dari pelaburan emas fizikal ini. Fikir-fikirlah. Jika ingin melabur dalam emas ini jangan terlalu lama membuat keputusan kerana masa itu emas.

Wednesday, October 27, 2010

HARGA MENARIK EMAS

Wow seronoknya tengok harga dibawah nie. Kalau ada duit boleh tambah stok lagi ni.

Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 27/10/10 11:05 PM)

We SellWe Buy
20 gramRM 2988.00RM 2809.00
50 gramRM 7436.00RM 7027.00
100 gramRM 14802.00RM 14062.00
1 kilogramRM 148020.00 RM 140619.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

KENAPA MESTI BELI EMAS

Sistem ekonomi dunia lebih menguntungkan negara barat. Dunia ketiga (sebutan dunia ke tiga adalah terminologi yang dibuat dari sudut pandangan kapitalis) dan masyarakat miskin akan terus terpinggir. Bagaimana Islam menyelesaikan ketidakadilan ini?

Dinar emas dan Dirham perak adalah mata wang yang diterapkan pada zaman Nabi Muhammad, yang kini mulai dibangkitkan semula. Kerana, dianggap mampu melawan sistem ekonomi yang berbau riba. Gerakan dinar dirham pertama kali diusung oleh satu komuniti muslim di Eropah, bernama Murabitun pada 1991, dan sudah menyebar ke berbagai negara.

Gerakan ini dicetuskan antara lain oleh Profesor Umar Ibrahim Vadillo seorang ahli ekonomi Islam yang berasal dari Sepanyol. anak murid kepada Syaikh Abdul Qadir As-sufi. Profesor Umar Ibrahim Vadillo banyak menerbitkan buku-buku dan membentangkan kertas kerja serta seminar berkaitan Dinar/Dirham serta pembangunan sistem muamalat Islam.

Dalam satu kesempatan kunjungannya ke Indonesia, wartawan Azzikra, Doddy Yuniarto dan Peter Walandow serta fotografer Ganang Arfiardi menemuinya untuk sebuah wawancara, petikannya:

Apa kepentingan Dinar dan Dirham bagi umat Muslim di dunia ?
Kita sebagai bangsa muslim telah memiliki sistem mata wang sendiri . Dinar emas dan Dirham perak. Mata wang ini sudah dipakai sebagai alat tukar selama ribuan tahun dan mulai dihidupkan kembali sebagai jalan menuju kehalalan, kewajaran dan kejujuran. Sistem mata wang kertas yang selama ini kita gunakan, seperti Rupiah di Indonesia atau Ringgit di Malaysia, terus mengalami depresiasi (susut nilai). Kembali kepada sistem Dinar Dirham sangat penting untuk kebebasan setiap individu dalam memilih alat tukar yang stabil.
Kenapa mata wang kertas selalu mengalami depresiasi ?

Bila anda memonopoli mata wang dan hal itu menekan pada semua orang, maka anda merosak perekonomian dan nilai dari mata wang itu sendiri. Ketika wang kertas dibuat terus menerus dalam jumlah besar, setiap pemilik wang kertas akan kehilangan atas nilai wang kertasnya. Inflasi sebagai salah satu akumulasi pencetakan wang kertas yang dilakukan negara, boleh disebut sebagai sebuah kejahatan. Jika disebutkan ada inflasi 20 peratus, bererti terjadi pencurian 20 peratus dari masyarakat. Wang kertas diciptakan oleh bank-bank dan mata wang rasmi pertama kali dibuat baru sekitar 200 tahun yang lalu. Wang kertas bukanlah wang menurut hukum Islam.

Mengapa disebut sebagai perompakan ?
Inflasi hanya menguntungkan segelintir orang kaya, tetapi nampaknya lebih mengenai kaum miskin. Ketika anda meminjam wang, inflasi bekerja untuk anda, kerana pada saatnya nanti, anda akan mengembalikan pinjaman wang yang nilainya sudah lebih murah. Yang terjadi dengan sistem wang kertas adalah sebenarnya wang yang ada di dompet kita sudah jatuh nilainya.

Bank ikut selesa dalam sistem ini?
Ketika berbicara mengenai wang kertas, tidak hanya secara tunai, jumlah terbesar edaran wang kertas tidak berada pada bentuk wang kertas, tetapi dalam bentuk format elektronik. Hanya dua atau tiga peratus yang beredar di masyarakat dalam bentuk wang kertas, selebihnya berada dalam deposit di perbankan. Bank memiliki kemampuan dan kapasiti unik iaitu menciptakan kredit. Mereka juga boleh mencetak wang dari kosong. Katakan, bank memiliki Rp. 10.000 dalam bentuk fizikal, mereka memiliki kapasiti untuk melipatgandakan wang hingga 20 kali lipat dalam bentuk elektronik. Bagaimana cara mereka? Dengan transaksi kewangan melalui komputer. Wang-wang ini dicetak secara banyak dengan menghasilkan keuntungan luar biasa kepada bank-bank. Hal ini memudahkan mereka untuk mengendalikan perekonomian dunia sesuai keinginan mereka.

Mengapa umat Islam justeru ikut menjadi sebahagian dalam sistem ini?
Sejak 100 tahun lalu, umat Islam telah dipaksa untuk memakai mata wang kertas, sebuah formula kapitalisme. Mereka berusaha memasukkan nilai kapitalisme dalam Islam. Jika ada bank, maka jadilah bank Islam, insuran menjadi insuran Islam, inflasi maka menjadi inflasi Islam, kad kredit maka kad kredit Islam dan seterusnya. Yang mereka lakukan bukanlah mengislamkan kapitalisme, tapi memperkayakan kapitalisme melalui hukum Islam. Pada pandangan internasional, dunia memiliki pengganti ‘emas’ baru iaitu US Dollar, dan Amerika Syarikat memiliki keistimewaan luar biasa untuk memberi kita selembar wang kertas, dan kita memberi mereka minyak, emas, dll. Mereka mencetak wang dollar sebanyak-banyaknya sementara kita mengerah keringat demi memperoleh wang tersebut.

Bagaimana sikap Islam dalam situasi ini?
Allah swt telah menekankan bahawa riba itu haram. Riba adalah instrumen bagi kaum kuffar menghancurkan Islam. Di setiap negara muslim seperti Arab Saudi, Pakistan, Indonesia dan negara lainnya, boleh ditemui riba. Keuntungan besar dari Dinar dan Dirham adalah memperbaiki keutuhan dari perekonomian Islam. Nilai satu Dinar di Maroko sama dengan satu Dinar di Turki, dan juga di Indonesia. Kerana nilai emas sama dimanapun di dunia. Semuanya terlindung dalam satu sistem nilai mata wang.

Nilai emas pernah tergugat ketika raja Mansa Mousa mengunjungi Kairo dan mendermakan begitu banyak emas sehingga nilai emas di Kairo jatuh, apakah ini ini bererti emas juga tak stabil ?
Tentu ada sejarah seperti hal itu, sama ketika terjadi demam emas besar-besaran di California pada masa lalu. Pengeluaran emas diluar jumlah emas di seluruh dunia hanya hampir kurang dari satu persen ketika itu. Harga emas dan perak mudah dimanipulasi seperti komoditi lainnya. Tidak seperti wang kertas yang misalnya senilai satu juta rupiah dalam satu kertas, nilainya tak ubahnya wang sepuluh ribuan yang juga sama-sama wang kertas. Jika Bank Indonesia hendak memberi anda satu juta rupiah, maka mintalah satu juta rupiah dalam koin emas, satu juta rupiah sekitar 10 kilo emas, sekitar 150 ribu dollar, itulah nilai sebenarnya dari nominal rupiah tersebut. Kini anda hanya memiliki berlembar-lembar wang kertas yang tidak sampai sepuluh peratus nilainya dari Dinar Dirham.

Apakah pertumbuhan ekonomi dunia akan terpacu dengan system ini?
This is completely nonsense. Ini seperti anda memberi makan pada para perompak yang telah mengatur ekonomi anda. Pencuri yang baik tidak hanya mencuri dari anda tetapi juga membuat anda merasa senang akan keadaan yang diciptakannya. Mereka membuat anda percaya pada mereka. Perekonomian di Indonesia, menurut mereka senilai 200 juta dolar, Microsoft sendiri disebutkan senilai 800 juta dolar, maka Bill Gates bekerja empat kali dibanding seluruh masyarakat Indonesia bekerja selama satu tahun penuh. Ini adalah pencurian. Membiarkan satu negara mengambil keuntungan besar-besaran dari sebuah negara kecil, yang mereka lakukan dengan sistem wang kertas. Jadi, pertumbuhan ekonomi dunia didasarkan pada pencurian terhadap bangsa muslim.

Apakah perekonomian Islam ditentukan oleh Dinar dan Dirham saja?
Dinar dan Dirham adalah sebahagian dari perekonomian Islam. Perdagangan Islam terdiri atas lima rukun ; Dinar dan Dirham sebagai mata wang, pasar terbuka Islam, caravan guilds sebagai pusat produksi Islam serta syarikat. Pada masa kini, muncul gergasi peruncitan seperti Carrefour, Wallmart ataupun Sogo. Bangsa Islam mempunyai pasar Islam atau dalam bahasa arab disebut souq atau bazar. Kita punya pasar terbuka yang boleh untuk siapapun. Jika kita ke Teheran atau Istanbul, souq masih berdiri dan menaungi sekitar lebih dari 4000 pedagang, 23 hotel dan karavan di dalam pasar yang seluas 40 hektar. Ketika anda masuk ke dalam pasar ini, maka anda bebas berdagang. Jika anda masuk ke supermarket saat ini, anda hanya boleh membeli barang-barang yang memang diperbolehkan masuk ke Carrefour dan sejenisnya. Mereka melakukan monopoli. Jika anda menjual sesuatu harus melalui mereka. Jika tidak, anda harus menjual dipinggir jalan dan tidak ada infrastruktur untuk anda.

Bolehkah pertumbuhan ekonomi berkembang lebih pesat dengan sistem ini ?
Tak perlu diragukan! Sistem Dinar dan Dirham akan memacu pertumbuhan ekonomi melebihi apa yang telah dilakukan sistem kapitalisme. Tapi anda juga harus bertanya apa istilah pertumbuhan atau growth? Misalnya GDP di Indonesia naik empat persen, tapi lihat disekitar anda orang-orang miskin ada dimana-mana. Lalu apa ukuran growth itu sendiri? Seratus tahun kita dibungkam untuk hal ini. Kita harus keluar dari anggapan seperti islamisasi kapitalisme. Lihatlah sejarah Rasul mengenai Dinar dan Dirham dan sistem ekonomi Islam di Madinah. Satu ayam dizaman Nabi di Madinah satu Dinar, satu ayam di Indonesia saat ini tetaplah satu Dirham. Selama lebih dari 1.400 tahun, inflasi adalah kosong.

Caranya ?
Langkah pertama adalah pencetakan mata wang Dinar dan Dirham, kedua membangun kembali pasar lalu mendirikan kembali caravan untuk memutuskan monopoli dan membolehkan para pedagang untuk memasarkan produknya dari satu pasar ke pasar lainnya yang akhirnya akan menambah nilai tambah produknya. Setelah itu kita bangun guilds atau taifa, ini sangat penting dan telah dilupakan. 99 peratus masyarakat yang hidup dalam kota-kota Islam saat khallifah berkuasa hidup dalam taifa.
Bagaimana kita boleh keluar dari praktik riba ?

Kita tahu bahwa tidak ada yang menghentikan kita dari meninggalkan riba ini kecuali diri kita sendiri. Kemudian pertanyaan, “Bagaimana memerangi riba?” harus diganti dengan “Bagaimana kita harus mengganti kelakuan kita sehingga kita tidak perlu riba lagi?”. Bila kita berpikir dengan cara ini, kita berada didalam kedudukan yang lebih baik untuk menyarankan jawaban-jawaban yang seharusnya. Pada saat sekarang tingkah laku kita sendiri membutuhkan keberadaan bank-bank dan sistem keuangan mereka. Oleh kerananya jika kita membuang bank-bank riba tetapi meneruskan tingkah laku yang sama, beberapa hari kemudian kita menerima pembentukan bank lain. Tidak ada yang akan berubah hanya dengan menyebutnya sebuah “bank Islam”. Kita harus merubah tingkah laku kita. Untuk melakukan itu kita harus mengingkari bahwa karakteristik manusia yang utama adalah karakteristik ekonomi. Kita bukanlah unit-unit perekonomian.

Bagaimana dinar dirham jadi jawapan kepada ketergantungan pada mata wang US Dollar ?
Dunia sudah dibanjiri terlalu banyak Dollar. Di pasar wang dunia kini transaksi Dolar telah mencapai angka 800 trillion Dolar AS per tahun. Sementara nilai perdagangan dunia yang merupakan sektor real sebenar ‘hanya’ 4 trillion Dolar AS per tahun. Ertinya, transaksi pasar wang itu besarnya 20 kali lipat nilai transaksi perdagangan sektor sebenar. Keadaan ini jelas mencemaskan, kerana transaksi di pasar wang sesungguhnya bersifat maya, kerana tidak ada barang yang diperdagangkan, kecuali wang itu sendiri.Dalam lima tahun terakhir, AS telah mencetak 10 triliun US Dollar, semuanya dalam bentuk mata wang kertas, bukan elektronik dalam bank. Dengan wang sebanyak ini mereka boleh membeli Indonesia sebanyak enam kali. Nah, dengan dinar dirham, maka ketergantungan dapat dihentikan.

sumber: manipulasiemas.blogspot.com

Tuesday, October 26, 2010

DARI SUSAH KE SENANG......

"Yang susah menjadi senang, yang senang menjadi lebih senang, yang lebih senang menjadi lebih-lebih senang".

Percayalah anda akan lebih berjaya dan apa yang anda impikan akan terlaksana jika anda menyimpan emas fizikal. Mulakanlah dengan membeli 20gram emas PublicGold.

Blog ini sebenarnya diwujudkan adalah bertujuan memberikan galakan dan kesedaran kepada orang ramai bahawa pelaburan yang terbaik pada masa sekarang yang patut anda buat adalah pelaburan emas terutama jongkong emas.

Mari kita lihat tahap kewangan seseorang yang ingin membeli emas ini.

1. Golongan orang yang sederhana senang
Golongan sebegini walaupun dalam kategori sederhana senang tetapi mempunyai hasrat untuk memiliki emas fizikal. Katakan golongan ini membeli RM10,000 emas fizikal.
Dijangkakan purata minimum keuntungan boleh dicapai sebanyak 20% setahun. Setelah lima tahun golongan ini boleh memiliki RM20,000 dengan mudah sekiranya ingin menjual emas tersebut dengan keuntungan RM10,000.

2. Golongan senang
Golongan ini mampu untuk memiliki emas dengan membeli emas sekurang-kurangnya RM100,000. Katakan setelah golongan ini membeli emas sebanyak RM100,000. Golongan ini akan mendapat hasil jual emas tersebut sebanyak RM200,000 dengan keuntungan RM100,000 setelah lima tahun menyimpan daripada jangkaan purata minimum keuntungan sebanyak 20% setahun.

3. Golongan lebih senang
Golongan ini memang mampu sangat-sangat dalam pembelian emas ini. Tetapi membuat pelaburan setakat RM500,000 sebagai percubaan dahulu. Setelah membeli dan menunggu lima tahun golongan ini mendapat hasil jualan emas sebanyak RM1,000,000 dengan keuntungan RM500,000 banyak tu dengan jangkaan purata minimum keuntungan sebanyak 20% setahun.

Daripada ketiga-tiga golongan ini, dapat saya katakan bahawa golongan ini tidak rugi dalam membeli emas dan mereka mendapat keuntungan yang tinggi bergantung kepada pelaburan yang mereka laburkan. Dengan kata mudah pelaburan ini dapat menghasilkan yang susah menjadi senang, yang senang menjadi lebih senang, yang lebih senang menjadi lebih-lebih senang.

Jangkaan purata minimum keuntungan yang saya nyatakan adalah daripada pengiraan yang saya telah lakukan sebelum ini dalam blog terdahulu bertajuk "Nak kaya dan Senang". Mungkin ada yang masih lagi was-was dengan mengatakan 'boleh untung ker, takkan tak ada rugi langsung'. Untuk memuaskan hati anda, anda lihat dan kira sendiri dalam www.kitco.com dibahagian charts and data. Anda akan lihat graf menunjukkan peningkatan. Dengan kata mudah selagi ada emas dalam simpanan anda, anda takkan rugi.

dari susah ke senangJangkaan purata minimum keuntungan yang saya berikan diatas adalah yang terendah, bagaimana dalam lima tahun tersebut ia menjadi lebih daripada 20%, wah seronoknyalah pakcik.... Pak Cik Kayo.... Pak Cik kayo......Jadi apa tunggu lagi mulakan dengan menghubungi saya 012-3697721 untuk keterangan lanjut.

Monday, October 25, 2010

NIAT TAMBAH PENDAPATAN/ASET


Apa yang perlu aku lakukan sekarang, duit aku tak banyak tapi aku berminat dengan emas nie?. Ini adalah soalan yang aku suka, kerana pembeli ini ada niat untuk membeli tetapi kekurangan duit. Bagi saya jika mereka ada niat, urusan mereka akan dipermudahkan, tidak mengapa jika mengambil masa untuk memilikinya.

Niat adalah penting bagi memulakan sesuatu. Jika seseorang tidak mempunyai niat, sesuatu perkara itu tidak akan berjalan sehinggalah orang itu berniat untuk melaksanakannya dan segalanya akan menjadi mudah. Contohnya jika anda ingin makan (mempunyai niat untuk makan) anda akan pergi mencari makanan tersebut. Jika anda ingin melancong / pergi menunaikan haji (niat melakukan perkara tersebut) anda akan dapat melakukannya walaupun mengambil masa untuk pergi melancong/menunaikan haji. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika anda inginkannya anda akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya juga.


Sekarang bagi yang mempunyai niat untuk membeli emas ini, anda boleh mulakan dengan membeli 20gram jongkong emas dengan harga sekitar RM3000. Jika anda masih tidak cukup untuk membeli emas tersebut saya boleh membantu anda dengan memberikan cadangan. Jika anda berminat anda boleh hubungi saya 012-3697721.

Dengan pembelian emas ini, anda boleh menambahkan pendapatan jika anda menjual emas tersebut dalam tempoh tertentu dan boleh juga menjadi aset jika anda menyimpannya.

Sunday, October 24, 2010

CARI DUIT BELI EMAS



Wow banyaknya duit. Kemana duit tu nak dibawa? Kenapa duit tu kena timbang?
Ini semua kerana wang ini tiada nilai lagi. Wang yang begitu banyak perlu ditimbang dan dipeluk untuk membeli barang keperluan. Bayangkan jika negara kita Malaysia dalam keadaan sebegini. Sanggupkah anda hanya ingin membeli barang dapur, anda perlu menimbang wang seperti gambar diatas. Perkara sebegini mungkin juga boleh berlaku di Malaysia sekiranya kita mencetak wang sesuka hati.


Wang di negara Zimbabwe berjumlah 10 juta, banyak angka sifarnya. Tapi dengan wang 10 juta itu dapat beli ape ye. Kalau di Malaysia kalau ada 10 juta, orang tu dikenali sebagai jutawan dapat beli beberapa kereta mewah, beberapa rumah banglo dsbnya.





Lihat sifar pada duit Zimbabwe ini, banyak betul. Wang 100 billion ini hanya dapat membeli 3 biji telur sahaja, yer ker. Tak percaya itulah hakikatnya bagi negara Zimbabwe.

Kalau tak percaya, negara jiran kita yang menggunakan matawang rupiah pun, mempunyai wang yang besar. Bila sebut 1juta rupiah bagi mereka adalah kecil sahaja. Tetapi 1juta ringgit banyak tu bagi kita.


Oleh itu, anda ingin simpan wang ke atau simpan emas. Tak salah kalau ingin menyimpan wang tetapi anda perlu juga menyimpan emas untuk masa hadapan yang kita tidak tahu apa akan jadi suatu hari nanti di Malaysia yang kita cintai ini.

Sekirannya anda menyimpan emas, anda boleh bawa emas kemana-mana negara pun. Semua negara mengakui atau mengiktiraf emas dan anda boleh jual dimana-mana sahaja. Berbanding dengan wang yang mempunyai perkataan Ringgit Malaysia hanya boleh dipakai di negara ini sahaja, tidak di negara lain. Anda boleh buat penukaran matawang tetapi adakah wang anda sama nilai dengan wang negara yang anda ingin tukar.

Apalagi yang ditunggu. Keputusan ditangan anda. Anda tidak rugi apa-apa. Beri duit dapat emas.

Friday, October 22, 2010

EMAS BUAT DUIT PUBLICGOLD - HARIAN METRO

Gambar di atas adalah dari Harian metro 23 September 2010. Otai-otai yang memperkenalkan aku tentang emas ini (publicGold).

Harian metro pada 21 Oktober 2010 memaparkan pengedar yang menjual emas daripada syarikat PublicGold.

NAK KAYA DAN SENANG

nak kaya dan senangIni adalah bukti yang menunjukkan pelaburan emas adalah menguntungkan. Graf ini diambil dari Kitco.com yang menunjukkan harga pasaran emas dunia. Graf ini menunjukkan peningkatan harga emas dari tahun 2000 sehingga tahun 2010.

Pada bulan Oktober tahun 2000 harga emas pada kadar minumum 255.95USD dan pada bulan Oktober 2010 dalam masa sepuluh tahun harga emas 1373.25 USD.

Oleh itu, kita nampak perbezaan peningkatan sebanyak 1117.3 mata. Kenaikan harga emas selama 10 tahun adalah 436.53%. Jika setahun purata kenaikan emas sebanyak 43.65% banyak tu. Bandingkan dividen yang anda dapat bagi pelaburan lain contohnya ASB adakah anda boleh dapat sebegitu banyak kadar keuntungannya.

Adakah anda masih lagi ragu-ragu dengan pelaburan emas ini. Berdasarkan graf tahun-tahun sebelum tahun 2000 juga, graf menunjukkan tanda pendakian/peningkatan. Oleh yang demikian, anda tidak perlu risau atau khuatir bahawasanya anda tidak akan rugi jika melabur dalam emas ini.

Saya telah menerangkan bahawa pelaburan yang terbaik dan menguntungkan adalah pelaburan emas. Sekarang terpulang kepada anda untuk memikirkan atau mengabaikan catatan ini, sesungguhnya anda adalah orang yang beruntung kerana mendapat maklumat ini. Anda lagi beruntung $$$$$ jika anda memulakan dengan langkah pertama dengan membeli sejongkong emas 20gram dahulu.

PELABURAN ORANG MUDA

Orang muda dan yang bujang-bujang saya galakkan supaya membuat pelaburan dalam emas. Pada waktu ini, anda tidak lagi mempunyai tanggungjawab yang besar bagi menyara keluarga, anak-anak dan isteri. Duit yang anda perolehi, sebaiknya anda laburkan dalam pembelian emas terutama emas fizikal (jongkong).

Apabila anda telah mempunyai tanggungjawab untuk menyara keluarga anda mungkin sukar untuk menyimpan duit lagi. Pada masa inilah anda boleh menggunakan jongkong emas anda itu dalam membantu membeli keperluan anda sekiranya anda dalam keadaan terdesak. Jongkong emas boleh anda pajak di mana-mana kedai pajak untuk mendapatkan duit tapi seelok-eloknya saya syorkan di Agrobank kerana urusan pajak adalah secara islamik (ar-rahnu).

Sekarang mari kita kira, sekiranya anda ingin melabur dalam emas ini:

Umur sekarang 25 tahun dijangka berkahwin umur 32 tahun; 8 tahun untuk pelaburan emas.
Setahun anda target untuk membeli 3 jongkong emas dengan beratnya 20gram.
Kalau 8 tahun anda mempunyai 24 jongkong emas (banyak tu).

Daripada pelaburan anda itu anda akan mendapat keuntungan yang banyak kerana pelaburan dalam emas ini ia mempunyai graf yang menaik iaitu memaparkan harga emas semakin meningkat.

Berbanding, jika kita menyimpan wang di bank, wang yang kita simpan itu selama 8 tahun mungkin akan meningkat kerana mendapat dividen tetapi dengan keadaan inflasi wang yang ada itu adakah sama nilai dengan barang yang kita beli pada masa hadapan. Sebagai contoh suatu hari nanti mungkin duit RM10 hanya dapat beli 5 keping kuih berbanding RM2 untuk 4 keping kuih. Walaupun duit kita banyak dalam bank tetapi suatu hari nanti ia tiada nilai berbanding dengan emas.

Renung-renungkanlah wahai orang muda........ingatlah masa hadapan anda, simpan emas ke... atau simpan duit.

Monday, October 18, 2010

JANGAN TAKUT MELABUR

Bagi yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan emas, keputusan yang anda buat adalah betul. Anda tidak perlu risau jika melabur anda dapat barang (emas) yang tulin. Jika anda melabur tanpa mendapat apa-apa (emas) anda perlu berhati-hati. Sekarang ni banyak kes-kes orang nak senang dengan jalan yang mudah dengan menipu orang. Pastikan setiap wang yang kita beri mempunyai sama nilai dengan barang yang kita dapat. Wang yang kita cari bukannya senang nak kita dapat / kumpul senang-senang orang lain dapat duit tu. Fikir-fikirkanlah......

Bagi syarikat PubicGold emas yang ditawarkan adalah emas tulin. Anda tidak perlu risau dengan emas yang dikeluarkan itu. Public gold menerima semula emas mereka dengan harga yang berpatutan/tinggi berbanding dengan kedai emas lain. Anda boleh mencuba ketulinan barang tersebut di Ar-rahnu (pajak gadai) seperti di AgroBank dan Bank Rakyat.

Sekiranya emas mereka didapati bengkok , sompik dll sewaktu hendak dijual semula, Public gold tetap akan terima emas tersebut jika beratnya tidak lari. Tidak rugi jika membeli emas dari Public Gold ini.

Ada duit terus beli, kalau asyik nak tunggu emas turun anda telah buang masa. Fikirkan untung untuk masa hadapan kerana emas akan tetap akan naik.

Saturday, October 16, 2010

JUTAWAN EMAS vs JUTAWAN KERTAS

Orang yang mempunyai wang RM1,000,000 dikenali sebagai jutawan iaitu orang kaya.

Sewaktu aku bersekolah dulu aku bawa wang 60sen pergi ke sekolah dan wang itu dapatlah aku beli makanan dan minuman semasa waktu rehat. Tetapi sekarang masa telah berlalu, budak-budak sekarang pergi ke sekolah membawa RM2 dan lebih untuk belanja mereka semasa rehat. Dari sini kita boleh nampak perbezaan wang untuk pembelian barang. Kalau dulu RM1 boleh dapat empat jenis kuih tetapi sekarang RM2 baru dapat empat jenis kuih.

Mungkin juga kita pada suatu hari nanti orang yang mempunyai RM1,000,000 bukan lagi orang kaya kerana RM1,000,000 itu semacam wang RM100,000 pada masa sekarang. Adakah anda faham maksud saya ini.

Berbanding dengan orang mempunyai simpanan emas mereka akan menjadi jutawan sampai bila-bila kerana emas memang mempunyai status yang tinggi.

2011=1500 mata

Dijangkakan pada tahun hadapan 2011 emas akan mencecah 1500 mata. Walaupun pada waktu ini harga ada jatuh tetapi kita tidak perlu risau kejatuhan itu tidak akan merugikan kita selagi kita tidak menjual emas tersebut. Sama-samalah kita tunggu, naik pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Jika kita kaji graf emas pada tahun-tahun sebelum ini, graf tersebut menunjukkan harga emas semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Jika kita bandingkan dengan harga saham ia mempunyai harga par atau nominal. Harga saham boleh jatuh daripada nilai par dan ia pernah terjadi dalam jangka masa yang lama untuk naik semula. Pengalaman ini pernah saya rasai bagi saham amanah. Berbanding dengan emas ia tidak mengecewakan kita.

Disini saya nak cerita bagaimana karektor pembeli emas. Pembeli semasa mereka memang betul-betul nak beli emas ada yang menunggu harga supaya jatuh walaupun sekadar 2,3 ringgit. Memang betul kita nak harga rendah tetapi pada waktu menunggu itu harga menjadi semakin naik. Bak kata sifu kalau ada duit terus beli je jangan tunggu-tunggu.

Friday, October 15, 2010

HARGA MULAI JATUH

Pada malam ini pkl 9 harga telah mulai jatuh yang sebelum ini mencecah 1371 dan lebih tetapi sekarang jatuh menegak (boleh tengok di kitco.com)

Aku mengharapkan harga turun tidak terlalu lama. Kalau turun adalah waktu yang paling sesuai untuk mengumpul emas. Aku harap emas akan naik untuk bulan Disember atau Januari tahun depan sebab banyak emas yang dah aku rempitkan.

Sekarang nie dalam fikiran aku, bagaimana aku nak cari modal lagi untuk beli emas pada harga tengah rendah nie. Aku dah guna teknik yang aku tahu tapi buat masa sekarang teknik tu aku tak boleh nak digunakan. Macam mana yek?

Monday, October 11, 2010

BEKAS PERDANA MENTERI DAN PFGI





Tun Dr. Mahathir Mohamed memberi sokongan terhadap usaha memperkenalkan emas di Malaysia melalui Public Fine Gold International Sdn Bhd (PFGI). PFGI telah mendapat perakuan daripada Malaysia Book of Record sebagai sebuah syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan sijil pengeluaran jongkong emas999.9 yang asli.

PFGI juga telah mendapat surat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia dan Pusat Kewangan Singapura untuk menjalankan urusniaga penjualan jongkong emas dan syiling emas.

Sunday, October 10, 2010

JUMPA CLIENT

Petang tadi aku jumpa seorang client, dia seorang yang berjaya. Dari hasil pertemuan itu banyak yang aku belajar dari dia iaitu cara-cara untuk berjumpa orang sebab orang nie banyak pengalaman hidup sehingga dia telah berjaya dan senang. Orang nie aku panggil dia pakcik sebab dah kenal.

Seperti biasa bila aku jumpa client orang akan bertanya
1. Betul ke benda nie emas, cukup ke berat dia.
2. Apa itu public gold, boleh percaya ke.
3. Nak jual kat siapa kalau beli emas ni
4. Boleh untung ker kalau beli emas
5. Nak simpan kat mana emas nie
dll

Soalan-soalan yang diajukan itu sebenarnya macam aku dulu semasa mula-mula nak beli emas sebab nakkan kepastian.

Saturday, October 9, 2010

JADI EJEN

Alhamdulillah, pada awal bulan 10 2010 nie barulah aku menjadi ejen/dealer. Jadi ejen nie dapatlah sikit-sikit duit belanja.Komisen yang diberi hanya 1.5% kalau tk silap dapatlah sikit.

Aku mula berjinak dalam emas pada Oktober 2009. Pada tahun itu aku beli emas sikit-sikit dan ada perasaan takut-takut untuk beli tapi bila tengok harga semakin naik dan emas yang aku beli tiada masalah, aku menambah koleksi emas aku.

Pada waktu aku mula-mula beli dulu harga 20gram dalam RM2050 kalu tk silap sebab dah lama. Tapi sekarang harga telah mencecah RM3000. Hehe seronoknya sekarang. Dalam tempoh setahun aku membeli nampaklah perbezaan harga tu. Tak rugi aku beli. Tapi aku rasa galat pulak kerana tak beli banyak-banyak sewaktu harga masih RM2000.

Aku ingin berilah nasihat kepada pengemar emas yang baru berjinak-jinak, kalau ada duit tu terus je beli tak usah tunggu harga nak turun ke, takut nak beli, nak simpan duit dll. Fikirlah jangka masa panjang. Kalau nak tunggu turun lagi banyak mustahillah, Kalau nak tunggu turun 2,3 ringgit, rugi masa je. Sebab semua tu aku dah rasa. Alih-alih harga makin naik. Nak sedapkan hati aku kata 'Untung untuk jangka masa panjanglah'.