Tuesday, November 23, 2010

LOAN GOLONGAN MUDA

loan bank, masa muda, beli kereta,beli rumah, nak kahwinBagi yang dah tahu tentang kebaikan emas ini, mulalah beli sekarang.
Saya ingin menyeru kepada golongan muda supaya bertindak sekarang membeli emas ini. Anda sebagai golongan yang mempunyai rancangan masa hadapan yang jauh perlu memikirkan bagaimana ingin menjanakan kewangan anda.

Golongan muda, saya andaikan berumur dalam 20 tahun keatas dan telah bekerja. Apabila anda telah bekerja anda mungkin telah memikirkan untuk keperluan dan kehendak anda. Perkara penting yang mungkin anda perlukan adalah memiliki kereta, rumah dan berkahwin dll.

Bagaimana anda ingin dapatkan semua itu, mungkin dengan cara membuat pinjaman bank dan dari duit simpanan anda sendiri. Saya syorkan anda menangguhkan kehendak anda itu dahulu. Dan saya syorkan anda membuat pinjaman bank untuk membeli emas fizikal. Anda sasarkan setelah anda beli emas fizikal, impian anda akan tercapai dalam tempoh 5 tahun akan datang. Bermaksud impian untuk memiliki kereta, berkahwin dll pada tempoh 5 tahun akan datang.

Impian anda memang boleh tercapai jika anda baca tulisan saya sebelum ini. Dalam 5 tahun duit anda akan berganda sekali ganda bermaksud jika anda membeli emas fizikal RM10,000 duit anda setelah 5 tahun sebanyak RM20,000; jika membeli emas fizikal RM50,000 duit anda setelah 5 tahun sebanyak RM100,000. Anda masih tidak percaya, terpulang. Tetapi anda pernah dengar tak 'orang kata emas murah dari tahun ke tahun'. Jawapannya 'tidakkan' orang akan kata emas mahal dan naik setiap tahun.

Oleh itu, anda yang masih muda rebutlah peluang ini, bagi membina masa hadapan anda dengan mudah.

Monday, November 22, 2010

EMAS RAHSIA KEKUATAN EKONOMI ISLAM

Part 1


Part 2


Part 3


Anda mesti tonton. Penting untuk anda dan umat islam menontonnya.

Sunday, November 21, 2010

BANK NEGARA MALAYSIA

bank negara malaysia
Pembuktian surat yang diterima oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold) adalah surat kelepasan (clearance letter) daripada Bank Negara Malaysia yang ditanda tangani oleh Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing BNM yang membenarkan mereka melakukan minting dan menjual-beli emas, terutamanya jongkong emas dan syiling emas (termasuk dinar emas).

Thursday, November 18, 2010

EMAS FIZIKAL YANG TERBAIK

Kenapa anda perlu membeli emas fizikal Public Gold berbanding emas fizikal lain.

Mari kita kenali dahulu kedai emas yang menjual emas fizikal antaranya:
1. Habib Jewel – Menjual PAMP Suisse (certificate pink) & Lady Fortuna

2. Kedai Emas biasa - PAMP Suisse gold bar (Lady Fortuna – dalam plastik biru)
3. Poh Kong – Menjual Bunga Raya Gold Bar.


Kelemahan Emas fizikal di kedai emas adalah antaranya:

1. Harga yang lebih tinggi daripada harga emas antarabangsa (ikut harga FGJAM)
2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi

3. Tak boleh buka plastik cover, kalau kita buka cover plastik tersebut maka gold bar tersebut akan dikira emas terpakai. Bermaksud terdapat susut nilai/potongan dikira dari 11%-25% dari harga emas tersebut mengikut kedai yang anda ingin tolak/jual emas tersebut.

Emas fizikal Public Gold
1.Harganya adalah lebih murah berbanding harga kedai emas.

2.Perbezaan harga belian dan jualan emas public gold pula sangat berpatutan, iaitu antara 5% ke 6% sahaja berbanding 11% ke 25% bagi kedai emas.

Pamp suisse gold,poh kong, habib jewel,kedai emas,bunga raya3. Kemudian, boleh dibuka, digadai, dicalar… tak ada masalah asalkan berat emas tersebut masih sama.
Apa yang anda fikirkan lagi, pembelian emas fizikal yang terdapat di kedai emas akan merugikan kita. Bagi yang dah dapat maklumat ini sebar-sebarkan maklumat ini kepada orang lain dan mulakan membeli emas fizikal Public Gold.

BANGUNAN PUBLIC GOLD

alamat public gold,emas nak beli dimanaPublic Fine Gold International Gold Sdn. Bhd. (Public Gold) merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan gold bar untuk tujuan pelaburan.
Syarikat yang berpusat di Bukit Jambul, Pulau Pinang dan terdapat cawangan di Bandar Sunway Selangor mengeluarkan gold bar dan syiling emas atas jenama Public Gold.

Alamat di Bandar Sunway:
PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD42A, JALAN PJS 8/6 (THIRD FLOOR) MENTARI BUSINESS PARK, BANDAR SUNWAY, 46150 PETALING JAYA, SELANGOR.TEL PEJABAT: 03-56348999FAX : 03-56341916

sijil ketulinan emas, harga emas Untuk gold bar, saiz yang ditawarkan mereka ialah 20 gram, 50 gram dan 1 kilogram. Kualiti emas ialah 24K (999.9) dan mendapat sijil pengesahan ketulinan seperti gambar diatas.


Apa yang ada di dalam web Public Gold:
http://www.publicgold.com.my/
*Di dalam web PublicGold ada menerangkan lebih mendalam latarbelakang syarikat ini.
*Berita dan artikel berkenaan emas
*Harga semasa Public Gold bagi setiap gram emas
*Carta harga emas harian dunia

Sunday, November 14, 2010

NIAT FOKUS TINDAKAN-KEKUATAN MINDA

Mari kita ikuti info ini untuk masa hadapan anda:

Anda telah berniat untuk melakukan sesuatu perkara, seterusnya anda perlu fokus terhadap perkara tersebut. Contoh paling mudah dalam melakukan solat. Anda telah berniat untuk solat (waktu subuh, zohor, asar,......). Anda juga perlu fokus semasa solat bermaksud anda tidak memikirkan perkara-perkara lain selain Allah, menghayati setiap ayat-ayat yang anda ucapkan adalah lebih baik mengetahui maknanya sekali. Anda baca dan melakukan gerakan adalah usaha anda dalam melaksanakan kewajipan tersebut. Kita akan berasa terlalu kecil dan takut dengan kekuasaan Allah dan mengharapkan keredhaanNya sahaja. Ini adalah kesan dari solat-solat yang khusuk atau fokus.

menjadi jutawan emas, niat fokus tindakan, kekuatan mindaDi atas adalah contoh jika kita mempunyai niat dan fokus setiap apa yang kita lakukan. Sekarang anda berniat untuk memiliki emas yang banyak dan menjadi jutawan dalam masa 5 tahun. Bolehkan anda mencapai perkara ini?. Anda jangan mengalah sebelum berjuang. Sediakan persiapan anda itu dengan selengkapnya.

Walaupun anda telah berniat dan fokus terhadap perkara tersebut, anda perlu mengekalkan fokus anda itu, dengan menyebut "menjadi jutawan emas" anda setiap hari. Setiap apa yang anda ucapkan adalah doa. Setiap doa Allah akan mendengar dan perkenankan. Amin.

Allah akan permudahkan urusan anda sekiranya anda yakin dengan Allah dan mintalah dengan bersugguh-sungguh. Anda mungkin mempunyai perasaan mampukah saya mencapai hasrat itu, anda jangan bimbang berserah sahaja kepada Allah.

Pernah dengar tak perkara yang sebelum ini yang mungkin manusia tidak boleh lakukan, akhirnya dapat dilaksanakan juga contohnya mendaki gunung tertinggi dunia, menjejaki kaki ke angkasa lepas, merentasi lautan luas dengan berenang secara solo, mencipta kapal terbang yang mempercepatkan perjalanan manusia, kemudahan telefon dan internat yang memudahkan komunikasi dan sebagainya. Ini semua kita rasa tak mungkin dapat dilakukan kalau kita masih berfikiran 'tak boleh, mana boleh, iye ker, jangan buat, memang tak boleh dll'.

Jadi gunakan perkataan-perkataan yang positif 'tiada yang mustahil, pasti boleh, boleh buat, cuba dahulu'.

Oleh itu, teruskan dengan niat, fokus dan tindakan anda "menjadi jutawan emas" pada suatu hari nanti.

Friday, November 12, 2010

KERJA SAMBILAN

KERJA SAMBILAN, DUIT BANYAK,Menjual dan membeli jongkong emas ini adalah kerja sambilan sahaja. Walaupun kerja sambilan, hasil yang diterima dapat juga bayar dan beli keperluan keluarga. Ini dinamakan pelaburan jangka pendek dapat hasil dalam waktu yang singkat. Penjualan emas selepas menunggu lima tahun dan lebih itu dinamakan pelaburan jangka panjang.

Emas semua orang tahu ianya bernilai. Pembelian emas semakin hari semakin tinggi harganya. Kalau ditunggu-tunggu atau ditangguh-tangguh untuk membeli emas pada waktu kita ada duit amatlah rugi kerana emas harga semakin naik.

Dibawah adalah kategori anda orang yang bagaimana, renung-renungkanlah:

1. orang yang tidak melabur dalam emas.
– tidak tahu menahu pun tentang kenaikan harga emas( Paling rugi)

2. Orang yang dah tahu tentang pelaburan emas.
– dah tahu tapi tidak membeli emas ( sangat rugi)

3. orang yang dah membeli emas secara berdikit.
– Kalau aku tahu harga emas naik banyak macam ni, aku beli banyak-banyak.( Rugi banyak )

4. Orang yang dah membeli emas
-kalau aku tahu dulu aku beli berpuluh ribu.( rugi sikit )

5. orang yang membeli emas + ejen emas
– sebab aku tahu la aku buat macam ini( berbaloi-baloi )

Dah tahu tentang kelebihan emas dan ada duit beli je, jika tidak kita dalam kategori orang yang rugi.
Biar rugi sikit jangan rugi banyak. Ada duit sikit bila sikit, ada duit banyak beli banyak-banyak.

PERSIDANGAN EKONOMI EMAS 2007

tun dr mahathir, manipulasi emas,emas mendapat permintaanSaya paparkan teks ucapan Tun Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan mengenai Ekonomi Emas Dinar pada tahun 2007.


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun urusniaga menggunakan dinar emas boleh mengelak manipulasi dan penipuan, tetapi malangnya tiada negara, termasuk negara Islam yang mahu melakukannya. Bekas Perdana Menteri berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi Emas Dinar 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Beliau berkata, seketika dahulu Malaysia pernah mahu menggunakan dinar emas dalam urusniaga tetapi tidak berjaya dilaksanakan kerana tiada negara lain yang sedia menjalankan urusniaga menggunakannya. Bagaimanapun, beliau tidak membuat cadangan khusus supaya kerajaan menggunakan dinar dalam urusniaganya.

"Tetapi kita masih boleh melaksanakannya hari ini kerana Dolar Amerika tidak ada nilai," katanya kepada wartawan. Beliau berkata, dinar emas tidak sama dengan matawang kerana kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa. Katanya, dinar juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dari urusniaga harian sehingga kepada urusan perkahwinan dan ibadah haji.

Bagaimanapun, katanya, untuk menjadikan dinar emas sebagai wang alternatif perniagaan bukanlah mudah kerana ia boleh menyebabkan ekonomi negara gagal atau musnah. Sementara itu dalam ucaptamanya Dr Mahathir berkata, sekalipun Malaysia menggunakan dinar emas, namun sistem perdagangan lama terus digunakan. "Apabila kita memperkenalkan perbankan Islam, sistem perbankan lama masih dikekalkan," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, umat Islam hari ini menjadi lebih kaya dari sebelumnya, khususnya dari segi pendapatan dalam dolar Amerika, tetapi tidak menggunakan sistem perbankan ataupun atau wang untuk kepentingan mereka. Menurut Dr Mahathir, mereka sebaliknya menyimpan wang di negara luar khususnya di Amerika yang digunakan oleh kuasa besar itu untuk membunuh orang Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan.

"Pada masa sekarang walaupun emas masih tidak boleh dilaksanakan bagi urusniaga jual beli tetapi emas boleh menjana pendapatan di masa hadapan disebabkan emas sukar didapati dan mendapat permintaan yang tinggi".

Wednesday, November 10, 2010

HARGA FGJAM-BELI SEKARANG

harga fgjam,nak beli sekarang Lihat harga emas telah naik lagi. Emas 999 segram sekarang berharga RM166. Emas 916 selalunya untuk barang kemas RM157 segram.

Macam mana tak teruja ke dengan kenaikan emas ini. Anda boleh lihat senarai harga ini di http://www.fgjam.org.my

Emas dijangka akan naik lagi. Rugi kalau anda tidak beli emas fizikal dari sekarang. Saya hanya memberikan maklumat tentang emas ini, anda yang membuat keputusan. Jadilah, sebagai seorang yang bijak.

Emas Pengukur Pergerakan Mata Wang

Emas pengukur pergerakan mata wang

LONDON 8 Nov. - Ketua Bank Dunia, Robert Zoellick menggesa pemimpin-pemimpin ekonomi dunia mempertimbangkan penggunaan semula emas dalam sistem monetari sebagai pengukur dalam pergerakan mata wang.

Beliau membuat cadangan itu kerana bimbang berlaku 'peperangan mata wang' dalam suratnya yang diterbitkan dalam Financial Times.

Zoellick berkata, sistem itu perlu terlibat dalam dolar, euro, yen, pound dan renminbi yang kini diperdagangkan di peringkat antarabangsa.

''Sistem ini juga boleh mempertimbangkan penggunaan emas sebagai rujukan antarabangsa bagi jangkaan pasaran berkaitan inflasi, deflasi dan nilai mata wang hadapan,'' tambahnya.

Amerika Syarikat (AS) kini semakin konsisten mengkritik China kerana menurunkan nilai renminbi dengan tujuan untuk mengambil faedah dalam pasaran eksport.

Ekoran kritikan itu, China membalas balik dengan mencetak AS$600 bilion (RM1.8 trilion) duit baru sambil mendakwa untuk memberi AS kelebihan persaingan.

''Sekiranya polisi domestik adalah polisi optimum bagi AS, tetapi pada masa sama ia bukan polisi optimum bagi dunia, ia mungkin membawa banyak kesan negatif kepada dunia,'' menurut Ketua Bank Negara China, Zhou Xiaochuan.

China melahirkan kebimbangan polisi monetari Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan nilai dolar, menyebabkan eksport negara itu merosot.

Berikutan itu, China menggesa pemantauan terhadap pergerakan dolar AS semasa mesyuarat G20 di Seoul pada minggu ini.

Standard emas dipinggirkan oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon pada 1971 kerana nilai dolar jatuh menjunam berbanding emas.

Emas dipercayai boleh membantu menangani inflasi tetapi ia tidak dibenarkan bagi polisi monetari fleksibel, yang mana kebanyakan pakar ekonomi mendakwa ia perlu dalam menangani kejutan ekonomi. - AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1109&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm&arc=hive


Tuesday, November 9, 2010

SIMPANAN UNTUK PENDIDIKAN ANAK

simpanan untuk pendidikan anakMenyimpan emas fizikal dapat membantu dalam menyelesaikan masalah kewangan anda contohnya dalam pembelajaran anak-anak anda.

Anda sebagai ibubapa semestinya mahu melihat anak anda berjaya suatu hari nanti dalam erti kata 'dapat belajar sampai di universiti'. Sekiranya anda mempunyai niat begitu, apakah perancangan anda bagi memudahkan anak anda suatu hari nanti dapat belajar tinggi di luar negara atau di dalam negara.

Untuk meneruskan proses pembelajaran anak anda, anda perlu menyediakan sejumlah wang yang cukup untuk anak anda belajar. Mungkin anda berfikir tak perlu menyediakan simpanan untuk perkara tersebut disebabkan adanya pinjaman belajar. Pinjaman belajar memang ada disediakan tetapi perlukah kita berhutang untuk itu(bayaran pokok + bayaran faedah pinjaman). Selalunya wang yang banyak perlu digunakan untuk permulaan belajar nanti. Anda perlu membayar wang permulaan dengan menggunakan wang anda sendiri. Jika anda mempunyai hasrat untuk menghantar anak ke luar negara anda perlu menyediakan perbelanjaan yang besar juga.

Simpanan yang saya maksudkan adalah simpanan emas fizikal kerana menyimpan emas adalah berbaloi-baloi untuk masa hadapan anda berbanding dengan wang kertas.

Mari kita kira simpanan emas fizikal anda untuk anak anda nanti.
Simpanan emas anda lakukan selama 15 tahun bermula dari anak anda lahir sehingga anak anda tamat bersekolah menengah.
Anda sasarkan satu tahun anda membeli dua ketul emas 20gram.
Ini bermakna anda mempunyai 30 ketul emas dengan berat 600gram banyaknya.....sepanjang 15 tahun.
Dianggarkan emas mempunyai kadar kenaikan purata minimum sebanyak 20% setahun.
Cuba anda bayangkan selama 15 tahun menyimpan emas fizikal keuntungan yang anda dapat adalah sebanyak 300% yang belum ditambah dengan berat emas yang anda ada.
Dengan emas fizikal yang anda ada itu sebanyak 30 ketul, anda boleh menjual emas mengikut banyak mana wang anda perlukan, 5 ke 6 ketul bagi menampung perbelanjaan sekolah anak anda.

Atau pun anda boleh memajak emas fizikal bagi mendapatkan wang bagi tujuan pembelajaran anak anda. Jika anda mempunyai wang kembali anda boleh menebus emas pajak yang anda pajak tadi.

Ini adalah gambaran bagi membantu anda merancang masa hadapan anak anda. Anda harus bijak dalam memilih pelaburan sebenar untuk merancang segala perancangan yang anda inginkan.

Sunday, November 7, 2010

AMANAH SAHAM BUMIPUTRA (ASB)

amanah saham bumiputra

Di atas adalah jadual pengagihan dividen dan bonus oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB).

Pada tahun 1991 pengagihan dividen dan bonus telah diberikan sebanyak RM12.50 dan pada tahun 2008 sebanyak RM8.75. Semakin lama semakin menurun pengagihan yang diberikan oleh PNB kepada pemegang sahamnya.

Pada tahun ini 2010 berapa agaknya pembayaran dividen dan bonus pemegang ASB perolehi?. Rasa-rasanya semakin menurun kerana pelaburan PNB dalam Sime Darby. Sime Darby diberitakan mengalami kerugian berbillion, jadi rasanya pelabur-pelabur ASB pun dapat kuranglah dividen dan bonus pada tahun ini.

Jadi fikir-fikirkanlah, duit yang disimpan dalam ASB, dividen dan bonus yang diterima semakin lama semakin kurang, kemudian duit yang disimpan pula, tidak sama nilai dengan perubahan masa sekarang. Contohnya jika anda mempunyai simpanan sebanyak RM70000 pada tahun 1990 anda mungkin dapat membeli rumah teres pada tahun itu, tetapi pada tahun 2010 ini dapat tak anda membeli rumah teres pada harga RM70000 lagi, rasanya tidak ada lagi pada harga itu, kerana perubahan masa/tahun menyebabkan kenaikan pelbagai harga barang-barang seperti minyak, seterusnya menyebabkan harga rumah pun meningkat.

Oleh itu, rancanglah masa hadapan anda melalui pelaburan yang sebenar yang menjana pendapatan anda berlipat kali ganda.

Friday, November 5, 2010

MEMBANTU ANDA MENJADI SENANG

Niat saya dalam bidang ini pertama sekali adalah untuk menolong orang kerana dalam emas;

orang yang sederhana senang akan menjadi senang,
orang yang senang menjadi senang senang, dan
orang yang senang senang menjadi senang senang senang dan lagi senang.
Ini bermaksud emas fizikal ini membantu semua golongan menjadi senang. Ini telah saya terangkan dalam blog saya bertajuk dari susah ke senang.

Bagi saya pengetahuan dan kebaikan yang saya dapat daripada emas fizikal ini harus saya kongsikan kepada anda kerana ia dapat membantu anda menjadi orang yang senang. Mungkin anda kata saya sekadar berkata untuk memikat hati anda tetapi itulah yang sebenarnya saya ingin membantu orang lain menjadi senang. Mungkin orang kata saya akan dapat komisen dari menjual emas fizikal ini. Memang betul saya dapat komisen tetapi hanya 1.5% keatas emas fizikal yang anda beli.

Katakan anda beli emas 20 gram pada harga RM3000 sekarang. Jadi, saya mendapat komisen sebanyak RM45. Kalau anda beli emas berharga RM50000 komisen yang saya dapat hanya RM750. Anda nampak komisen yang saya terima RM45 dan RM750, tetapi anda perasan tak bahawa dari pembelian anda itu, anda telah dibantu menuju menjadi orang yang bertambah senang. Bagi yang membeli emas fizikal RM3000 akan menjadi RM6000 dan bagi yang membeli emas fizikal RM50000 akan menjadi RM100,000.(Untuk mengetahui bagaimana anda boleh menjadi senang dan duit akan berganda teruskan membaca penulisan saya yang terdahulu)

Jika anda mempunyai kelebihan ilmu, kekayaaan harta dan kepakaran dalam sesuatu bidang anda rasa bertanggungjawab tak untuk menyampaikan atau memberikan apa yang anda miliki itu kepada orang lain jika pemberian itu membantu meringankan beban mereka. Jika anda berkata Ya, anda akan tolong, anda akan sampaikan, anda akan berikan dan anda akan membantu. Begitu juga saya, saya rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat berkaitan emas fizikal ini dan terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak.

Niat saya adalah untuk membantu anda, untuk menjadikan anda orang yang senang pada suatu hari nanti. Mudah-mudahan saya mengharapkan, Allah akan memberkati usaha saya dalam menyampaikan maklumat ini bagi membantu dan meningkatkan sumber rezeki anda semua. Anda bacalah kesemua penulisan saya dalam blog ini dan anda nilaikan. Selamat membaca emasgold. Moga-moga anda mendapat manfaat.

Wednesday, November 3, 2010

PENINGKATAN HARGA EMAS 1975-2010

peningkatan harga emas Graf di atas menunjukkan harga emas pada tahun1975 -2010. Graf bermula dalam keadaan menaik tinggi pada December 2002.



Graf di atas adalah paparan daripada graf pertama. Graf ini menunjukkan lebih detail kenaikan harga emas pada setiap tahun. Graf ini menunjukkan harga emas pada tahun 1995 - 2010.

Daripada graf-graf tersebut apa yang anda boleh nampak dan nyatakan. Jawapannya adalah graf menunjukkan peningkatan harga emas yang tinggi. Peningkatan harga emas adalah dari tahun 1975-2010 selama 36 tahun.

Daripada graf tersebut ada tak anda lihat, graf menunjukkan penurunan/kejatuhan yang teruk. Kejatuhan yang teruk tiada. Kejatuhan teruk bermaksud graf dalam keadaan menjunam dan di bawah harga yang luar biasa jatuhnya dan dalam tempoh yang terlalu singkat. Kejatuhan biasa memang ada tetapi kejatuhan tersebut mengambil masa dengan perlahan- lahan, dan kemudian ia naik semula. Bagi pembeli anda tidak perlu risau dengan kejatuhan tersebut selagi anda tidak menjual emas fizikal anda itu.

Sekarang pada tahun 2010 harga emas telah menjadi USD1300/oz dan dijangkakan akan terus meningkat sehingga USD2500/oz. Tidak mahukah anda merebut peluang dalam pelaburan emas fizikal ini.

Jika anda beli sekarang dengan jangkaan oleh pemikir dan penganalisis emas yang berpengalaman yang menjangkakan harga emas akan menjadi USD2500/oz anda akan mendapat keuntungan yang tinggi selepas kenaikan harga emas itu.

"Fast think & Fast action"

"MASA ITU EMAS"

*Graf-graf di atas diambil dari sumber yang sah iaitu dari http://www.kitco.com/ dan bukan dari rekaan saya harap maklum.

EMAS DAPAT SOKONGAN, DOLLAR SEPERTI TISU TANDAS

emas dapat sokongan,dollar seperti tisu tandas
‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Bekas Perdana Menteri
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang.

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.
Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.
Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.
“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Tuesday, November 2, 2010

MENCARI PELABURAN YANG TERBAIK

Ada orang yang masih tertanya-tanya kepada saya "apa yang saya dapat bila saya membeli emas?".

Untuk menjawab soalan itu, saya menjelaskan "anda beli emas dan anda dapat emas dan anda simpan emas itu".

Mungkin ada yang pernah mendengar tentang penipuan dalam pembelian emas yang tertera dalam akhbar. Mengapa penipuan ini boleh berlaku dan apa perbezaan dengan emas PublicGold?

1. Ia terjadi apabila anda membayar wang tetapi anda tidak mendapat apa-apa untuk disimpan dari syarikat X.

mencari pelaburan yang terbaikBagi PublicGold, apabila anda membeli emas PublicGold anda mendapat emas fizikal PublicGold berdasarkan berat yang anda beli. Ketulinan emas PublicGold telah disahkan tulin dan mendapat sijil pengiktifan ketulinannya seperti gambar diatas. Kalau anda masih ragu-ragu ketulinannya anda boleh pergi ke ar-rahnu untuk menguji ketulinannya.



2. Anda dijanjikan dengan pemberian dividen/faedah yang diberikan oleh syarikat X jika anda membeli emas tersebut.

PublicGold tidak menjanjikan apa-apa pemberian wang dividen/faedah kepada orang ramai yang membeli emas PublicGold. Jika keuntungan emas yang dicari oleh pembeli ia adalah daripada usaha/tindakan pembeli itu sendiri dalam menjual emas itu.

Dari segi peratusan keuntungan emas yang diberitakan dalam blog ini ia adalah hasil kajian dari graf yang diperolehi dari http://www.kitco.com/ yang merupakan paparan yang memaparkan harga-harga bahan galian dunia seperti graf emas yang sentiasa meningkat dibawah ini.



3. Apabila syarikat X meminta membeli emas dan mengarahkan untuk mencari downline seperti MLM (sistem kaki, maintain pembelian)

PublicGold tidak ada mengarahkan pembelinya untuk mencari downline jika membeli emas fizikal PublicGold. Setelah anda bayar dan anda dapat emas fizikal tersebut, ia telah menjadi hak milik anda. Ia seperti anda beli barang kemas di kedai emas, anda beli kemudian anda dapat barang tersebut dan anda pakai/simpan. Jadi anda tak perlu mencari orang untuk mengekalkan point anda. Keuntungan berdasarkan dari kebijaksanaan jangka masa anda menjual emas tersebut.

4. Apabila syarikat X tidak mendapat pengesahan dari mana-mana badan berkaitan.

PublicGold telah mendapat surat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia menjalankan urusniaga penjualan jongkong emas.

Malaysia Book of Record juga telah memperakukan Public Gold sebagai sebuah syarikat yang pertama di Malaysia yang menyediakan sijil pengeluaran jongkong emas 999.9 yang asli. Selain itu, PublicGold juga mendapat pengesahan ketulinan emas seperti gambar di atas. Oleh itu, anda tidak perlu risau dari kesahihan syarikat ini menjalankan perniagaan emas fizikal.

BUSINESS CARD




Monday, November 1, 2010

PINJAMAN MUDAH LULUS

Saya nak beli emas fizikal satu ketul dulu, tapi tak ada duit. Boleh tak encik tolong saya bagaimana saya boleh dapat emas fizikal ini. Saya sudah lama membaca blog encik dan apa yang encik ceritakan ada kebenarannya. Saya betul-betul nak buat pelaburan dalam emas ini. Harap encik dapat membantu.

Okey begini untuk jawapan diatas. Bagi yang betul-betul berminat dan ingin membeli emas fizikal ini, saya syorkan anda boleh guna teknik ini jika anda mahu. Untuk menggunakan teknik ini anda harus mempunyai duit sendiri sekurang-kurangnya RM1271 dan ditambah RM1788 dengan duit dari pinjaman keluarga, sedara-mara, kawan-kawan dll. Terangkan kepada mereka duit yang anda pinjam itu anda akan pulangkan pada esok hari. Ingat, anda perlu jujur dengan diri anda.

Bagaimana anda nak bayar duit dari kawan-kawan anda itu?
Begini caranya, setelah anda pinjam wang dari sesiapa dan jumlah itu mestilah RM1788 untuk membeli emas fizikal (pada masa sekarang harga emas fizikal 20gram adalah RM3059)

(Last updated 01/11/10 10:25 PM)


We SellWe Buy
20 gramRM 3059.00RM 2875.00
50 gramRM 7611.00RM 7192.00
100 gramRM 15150.00RM 14393.00
1 kilogramRM 151504.00 RM 143929.00

(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Dari wang anda RM1271 dan RM1788 anda telah boleh membeli emas fizikal berharga RM3059. Apabila anda telah membeli emas tersebut, sekarang emas tersebut telah menjadi hak milik anda. Anda masih ingat lagi tak janji anda untuk membayar semula wang yang anda pinjam itu. Masa inilah anda pergi ke AgroBank yang terdekat dengan kawasan anda, anda rempitkan emas tersebut. Bagi orang pertama kali merempit, pinjaman akan diberikan sebanyak 60% dan kali kedua merempit 70%.

Pengiraan untuk merempit adalah seperti berikut:

1. Emas fizikal anda dengan berat 20gram x harga rempit dibank tersebut
20gram x RM149=RM2980

2. RM2980 adalah merupakan nilai marhum x peratus pinjaman yang dibenarkan
RM2980 x 60%=RM1788

3. RM1788 adalah merupakan nilai pinjaman iaitu wang yang anda terima dari bank.

Setelah anda terima wang tersebut anda boleh selesaikan wang yang anda pinjam dari sesiapa tadi sebanyak RM1788. Jadi anda telah menjadi seorang yang amanah pada diri anda dengan memulangkan wangnya semula pada waktu yang dijanjikan. Selepas ini, kalau anda ingin membuat pinjaman dengan orang tersebut semula, orang itu tak susah nak beri lagi.

pinjaman mudah lulus,easy loan,buat pinjamanSelepas itu, anda hanya perlu melunaskan pinjaman di bank sahaja dalam tempoh enam bulan berdasarkan jumlah pinjaman anda tadi dengan upah simpan yang kecil nilainya. Anda boleh membayar pinjaman secara keseluruhan atau secara beransur-ansur dalam anggaran RM300 sebulan selama enam bulan.

Setelah anda selesai membayar keseluruhannya anda akan dapat semula emas anda tadi sebanyak 20 gram. Itulah gunanya emas fizikal ini boleh dirempit. Macam mana sudah nampak tak caranya. Anda tak rugi apa-apakan dan dalam tempoh enam bulan tersebut sekiranya anda ingin jual emas, anda dah boleh mendapat untung ini berdasarkan pengalaman saya.