Saturday, January 29, 2011

HARGA TAHUN BARU CINA

tahun baru cinaSuhaimi kenapa harga sekarang dah turun?.
Ada tak soalan begini terhadap diri anda. Bagi saya, kalau tanya kenapa harga turun mungkin disebabkan ramai pemilik emas menjual emas mereka disebabkan untuk membeli perbelanjaan awal tahun dan juga bagi menyambut perayaan tahun baru cina. Penurunan ini memang amat ketara dalam masa sebulan daripada harga pernah mencecah RM3200 bagi bulan penghujung 12 tahun lepas telah menjadi RM3030 pada 30 Jan 2011.

Penurunan harga emas ini sebenarnya ditunggu-tunggu bagi pelabur yang baru ingin berjinak-jinak dalam memiliki emas dan bagi pemilik emas yang dah lama inilah masanya mereka mengumpul stok emas mereka. Jom kita tambah kekayaan dengan memiliki stok emas.

Selepas tahun baru cina, harga dijangkakan akan naik semula dan dijangkakan pada tahun ini kenaikan harga emas sehingga USD1600/oz jika dibandingkan dengan harga sekarang sebanyak USD1340/oz.

Sebagai peminat emas, naik harga kita jual, turun harga kita beli. Selagi kita simpan emas atau tak jual emas kita tidak rugi apa-apa.

Monday, January 17, 2011

ZAKAT EMAS

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Zakat adalah bertujuan membantu golongan-golongan yang susah yang terdiri daripada 8 asnaf.
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.At- Taubah; ayat 34-35Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang dipakai(emas perhiasan/barang kemas) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150gram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)= RM 192.9
2. Emas yang tidak dipakai (disimpan)Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%Jumlah zakat = RM 150
Rujukan : zakat.com.my

Tuesday, January 4, 2011

EMAS 100GRAM

EMAS 100GRAM
TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada pembeli emas publicgold melalui saya. Anda sedang membina masa depan yang cemerlang kerana emas mempunyai kekuatan dan dapat melawan wang fiat pada masa hadapan.


Ada pembeli yang membeli sebanyak RM100k, jumlah itu memang banyak jika kita pegang dan kiranya sendiri, tetapi apabila pembelian emas dibuat, emas yang anda dapat hanya 6 ketul 100gram tidaklah banyak dan bukannya satu guni.


Walauapa pun, teruskan menyimpan emas sikit demi sedikit ikut kemampuan anda.