Wednesday, March 30, 2011

BARANG KEMAS KE GOLD BAR



Mana satukah pilihan anda jika anda diberi pilihan untuk membeli barang kemas atau gold bar.


Kedua-dua mempunyai kelebihan masing-masing tetapi bagi saya, saya akan memilih gold bar kerana:

1.Harga gold bar lebih murah dari barang kemas. Kerana barang kemas terdapat tambahan harga dari segi upah membentuk barang tersebut.


2. Jika gold bar public gold dijual ke public gold semula harganya masih lagi mahal. Berbanding barang kemas harganya akan dipotong sehingga 20% dan lebih bergantung kepada kedai yang anda jual.


3. Gold bar jika anda memilikinya orang takkan tahu yang anda sebenarnya memiliki dan sedang membina kekayaan.


4. dll

Wednesday, March 23, 2011

SEBAB MEMILIKI EMAS

sebab memiliki emasAlhamdulillah, harga emas telah mula menampakkan kenaikan pada harga USD1438.

Saudara kenapa anda perlu memiliki emas? Disini saya ingin terangkan melalui catatan yang saya perolehi dari blog saudara hadzrin. Menurut saudara hadzrin......

Pakar-pakar ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. Sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka.

Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi.

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Seorang Penceramah bernama Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat.

Dia seorang Christian Katolik yang anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan-kenyataan oleh penasihat Bush, professor di Havard dan Oxford, orang-orang kuat IMF, Bank Dunia dan segala ketua zionis.

Mereka beritahu slstem ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930. Matthias ada tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD.

Orang Malaysia yang paling banyak simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang bersedia untuk hadapi kehancuran sistem kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik).

Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dalam bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti.

RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. pasal money meltdown melalui internet.

kekayaan dalam Islam sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yang ada air mengalir berdekatannya)

2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe.

Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku -buku mengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yang menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. Yang bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (Kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan.

BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda-tanda akan pasang semula.

Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak. Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).

Bila baca surah Yusuf, baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK.

Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH!

Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke Negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berlegar-legar di luar US dan sedang menunggu masa untuk tumbang.

Bagaimana sekarang dari catatan saudara hadzrin tersebut, adakah anda masih lagi ragu2, takut, kurang yakin dsbnya untuk memiliki emas. Terpulang kepada saudara untuk mempercayainya atau tidak, saya telah memberi sedikit ilmu hanya saudara yang kan menentukan masa depan sauadara.