Sunday, November 7, 2010

AMANAH SAHAM BUMIPUTRA (ASB)

amanah saham bumiputra

Di atas adalah jadual pengagihan dividen dan bonus oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB).

Pada tahun 1991 pengagihan dividen dan bonus telah diberikan sebanyak RM12.50 dan pada tahun 2008 sebanyak RM8.75. Semakin lama semakin menurun pengagihan yang diberikan oleh PNB kepada pemegang sahamnya.

Pada tahun ini 2010 berapa agaknya pembayaran dividen dan bonus pemegang ASB perolehi?. Rasa-rasanya semakin menurun kerana pelaburan PNB dalam Sime Darby. Sime Darby diberitakan mengalami kerugian berbillion, jadi rasanya pelabur-pelabur ASB pun dapat kuranglah dividen dan bonus pada tahun ini.

Jadi fikir-fikirkanlah, duit yang disimpan dalam ASB, dividen dan bonus yang diterima semakin lama semakin kurang, kemudian duit yang disimpan pula, tidak sama nilai dengan perubahan masa sekarang. Contohnya jika anda mempunyai simpanan sebanyak RM70000 pada tahun 1990 anda mungkin dapat membeli rumah teres pada tahun itu, tetapi pada tahun 2010 ini dapat tak anda membeli rumah teres pada harga RM70000 lagi, rasanya tidak ada lagi pada harga itu, kerana perubahan masa/tahun menyebabkan kenaikan pelbagai harga barang-barang seperti minyak, seterusnya menyebabkan harga rumah pun meningkat.

Oleh itu, rancanglah masa hadapan anda melalui pelaburan yang sebenar yang menjana pendapatan anda berlipat kali ganda.