Sunday, November 14, 2010

NIAT FOKUS TINDAKAN-KEKUATAN MINDA

Mari kita ikuti info ini untuk masa hadapan anda:

Anda telah berniat untuk melakukan sesuatu perkara, seterusnya anda perlu fokus terhadap perkara tersebut. Contoh paling mudah dalam melakukan solat. Anda telah berniat untuk solat (waktu subuh, zohor, asar,......). Anda juga perlu fokus semasa solat bermaksud anda tidak memikirkan perkara-perkara lain selain Allah, menghayati setiap ayat-ayat yang anda ucapkan adalah lebih baik mengetahui maknanya sekali. Anda baca dan melakukan gerakan adalah usaha anda dalam melaksanakan kewajipan tersebut. Kita akan berasa terlalu kecil dan takut dengan kekuasaan Allah dan mengharapkan keredhaanNya sahaja. Ini adalah kesan dari solat-solat yang khusuk atau fokus.

menjadi jutawan emas, niat fokus tindakan, kekuatan mindaDi atas adalah contoh jika kita mempunyai niat dan fokus setiap apa yang kita lakukan. Sekarang anda berniat untuk memiliki emas yang banyak dan menjadi jutawan dalam masa 5 tahun. Bolehkan anda mencapai perkara ini?. Anda jangan mengalah sebelum berjuang. Sediakan persiapan anda itu dengan selengkapnya.

Walaupun anda telah berniat dan fokus terhadap perkara tersebut, anda perlu mengekalkan fokus anda itu, dengan menyebut "menjadi jutawan emas" anda setiap hari. Setiap apa yang anda ucapkan adalah doa. Setiap doa Allah akan mendengar dan perkenankan. Amin.

Allah akan permudahkan urusan anda sekiranya anda yakin dengan Allah dan mintalah dengan bersugguh-sungguh. Anda mungkin mempunyai perasaan mampukah saya mencapai hasrat itu, anda jangan bimbang berserah sahaja kepada Allah.

Pernah dengar tak perkara yang sebelum ini yang mungkin manusia tidak boleh lakukan, akhirnya dapat dilaksanakan juga contohnya mendaki gunung tertinggi dunia, menjejaki kaki ke angkasa lepas, merentasi lautan luas dengan berenang secara solo, mencipta kapal terbang yang mempercepatkan perjalanan manusia, kemudahan telefon dan internat yang memudahkan komunikasi dan sebagainya. Ini semua kita rasa tak mungkin dapat dilakukan kalau kita masih berfikiran 'tak boleh, mana boleh, iye ker, jangan buat, memang tak boleh dll'.

Jadi gunakan perkataan-perkataan yang positif 'tiada yang mustahil, pasti boleh, boleh buat, cuba dahulu'.

Oleh itu, teruskan dengan niat, fokus dan tindakan anda "menjadi jutawan emas" pada suatu hari nanti.