Friday, November 5, 2010

MEMBANTU ANDA MENJADI SENANG

Niat saya dalam bidang ini pertama sekali adalah untuk menolong orang kerana dalam emas;

orang yang sederhana senang akan menjadi senang,
orang yang senang menjadi senang senang, dan
orang yang senang senang menjadi senang senang senang dan lagi senang.
Ini bermaksud emas fizikal ini membantu semua golongan menjadi senang. Ini telah saya terangkan dalam blog saya bertajuk dari susah ke senang.

Bagi saya pengetahuan dan kebaikan yang saya dapat daripada emas fizikal ini harus saya kongsikan kepada anda kerana ia dapat membantu anda menjadi orang yang senang. Mungkin anda kata saya sekadar berkata untuk memikat hati anda tetapi itulah yang sebenarnya saya ingin membantu orang lain menjadi senang. Mungkin orang kata saya akan dapat komisen dari menjual emas fizikal ini. Memang betul saya dapat komisen tetapi hanya 1.5% keatas emas fizikal yang anda beli.

Katakan anda beli emas 20 gram pada harga RM3000 sekarang. Jadi, saya mendapat komisen sebanyak RM45. Kalau anda beli emas berharga RM50000 komisen yang saya dapat hanya RM750. Anda nampak komisen yang saya terima RM45 dan RM750, tetapi anda perasan tak bahawa dari pembelian anda itu, anda telah dibantu menuju menjadi orang yang bertambah senang. Bagi yang membeli emas fizikal RM3000 akan menjadi RM6000 dan bagi yang membeli emas fizikal RM50000 akan menjadi RM100,000.(Untuk mengetahui bagaimana anda boleh menjadi senang dan duit akan berganda teruskan membaca penulisan saya yang terdahulu)

Jika anda mempunyai kelebihan ilmu, kekayaaan harta dan kepakaran dalam sesuatu bidang anda rasa bertanggungjawab tak untuk menyampaikan atau memberikan apa yang anda miliki itu kepada orang lain jika pemberian itu membantu meringankan beban mereka. Jika anda berkata Ya, anda akan tolong, anda akan sampaikan, anda akan berikan dan anda akan membantu. Begitu juga saya, saya rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat berkaitan emas fizikal ini dan terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak.

Niat saya adalah untuk membantu anda, untuk menjadikan anda orang yang senang pada suatu hari nanti. Mudah-mudahan saya mengharapkan, Allah akan memberkati usaha saya dalam menyampaikan maklumat ini bagi membantu dan meningkatkan sumber rezeki anda semua. Anda bacalah kesemua penulisan saya dalam blog ini dan anda nilaikan. Selamat membaca emasgold. Moga-moga anda mendapat manfaat.