
Graf di atas adalah paparan daripada graf pertama. Graf ini menunjukkan lebih detail kenaikan harga emas pada setiap tahun. Graf ini menunjukkan harga emas pada tahun 1995 - 2010.
Daripada graf-graf tersebut apa yang anda boleh nampak dan nyatakan. Jawapannya adalah graf menunjukkan peningkatan harga emas yang tinggi. Peningkatan harga emas adalah dari tahun 1975-2010 selama 36 tahun.
Daripada graf tersebut ada tak anda lihat, graf menunjukkan penurunan/kejatuhan yang teruk. Kejatuhan yang teruk tiada. Kejatuhan teruk bermaksud graf dalam keadaan menjunam dan di bawah harga yang luar biasa jatuhnya dan dalam tempoh yang terlalu singkat. Kejatuhan biasa memang ada tetapi kejatuhan tersebut mengambil masa dengan perlahan- lahan, dan kemudian ia naik semula. Bagi pembeli anda tidak perlu risau dengan kejatuhan tersebut selagi anda tidak menjual emas fizikal anda itu.
Sekarang pada tahun 2010 harga emas telah menjadi USD1300/oz dan dijangkakan akan terus meningkat sehingga USD2500/oz. Tidak mahukah anda merebut peluang dalam pelaburan emas fizikal ini.
Jika anda beli sekarang dengan jangkaan oleh pemikir dan penganalisis emas yang berpengalaman yang menjangkakan harga emas akan menjadi USD2500/oz anda akan mendapat keuntungan yang tinggi selepas kenaikan harga emas itu.
"Fast think & Fast action"
"MASA ITU EMAS"
*Graf-graf di atas diambil dari sumber yang sah iaitu dari http://www.kitco.com/ dan bukan dari rekaan saya harap maklum.