Okey begini untuk jawapan diatas. Bagi yang betul-betul berminat dan ingin membeli emas fizikal ini, saya syorkan anda boleh guna teknik ini jika anda mahu. Untuk menggunakan teknik ini anda harus mempunyai duit sendiri sekurang-kurangnya RM1271 dan ditambah RM1788 dengan duit dari pinjaman keluarga, sedara-mara, kawan-kawan dll. Terangkan kepada mereka duit yang anda pinjam itu anda akan pulangkan pada esok hari. Ingat, anda perlu jujur dengan diri anda.
Bagaimana anda nak bayar duit dari kawan-kawan anda itu?
Begini caranya, setelah anda pinjam wang dari sesiapa dan jumlah itu mestilah RM1788 untuk membeli emas fizikal (pada masa sekarang harga emas fizikal 20gram adalah RM3059)
(Last updated 01/11/10 10:25 PM)
We Sell | We Buy | |
20 gram | RM 3059.00 | RM 2875.00 |
50 gram | RM 7611.00 | RM 7192.00 |
100 gram | RM 15150.00 | RM 14393.00 |
1 kilogram | RM 151504.00 | RM 143929.00 |
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
Dari wang anda RM1271 dan RM1788 anda telah boleh membeli emas fizikal berharga RM3059. Apabila anda telah membeli emas tersebut, sekarang emas tersebut telah menjadi hak milik anda. Anda masih ingat lagi tak janji anda untuk membayar semula wang yang anda pinjam itu. Masa inilah anda pergi ke AgroBank yang terdekat dengan kawasan anda, anda rempitkan emas tersebut. Bagi orang pertama kali merempit, pinjaman akan diberikan sebanyak 60% dan kali kedua merempit 70%.
Pengiraan untuk merempit adalah seperti berikut:
1. Emas fizikal anda dengan berat 20gram x harga rempit dibank tersebut
20gram x RM149=RM2980
2. RM2980 adalah merupakan nilai marhum x peratus pinjaman yang dibenarkan
RM2980 x 60%=RM1788
3. RM1788 adalah merupakan nilai pinjaman iaitu wang yang anda terima dari bank.
Setelah anda terima wang tersebut anda boleh selesaikan wang yang anda pinjam dari sesiapa tadi sebanyak RM1788. Jadi anda telah menjadi seorang yang amanah pada diri anda dengan memulangkan wangnya semula pada waktu yang dijanjikan. Selepas ini, kalau anda ingin membuat pinjaman dengan orang tersebut semula, orang itu tak susah nak beri lagi.

Setelah anda selesai membayar keseluruhannya anda akan dapat semula emas anda tadi sebanyak 20 gram. Itulah gunanya emas fizikal ini boleh dirempit. Macam mana sudah nampak tak caranya. Anda tak rugi apa-apakan dan dalam tempoh enam bulan tersebut sekiranya anda ingin jual emas, anda dah boleh mendapat untung ini berdasarkan pengalaman saya.