Saturday, January 29, 2011

HARGA TAHUN BARU CINA

tahun baru cinaSuhaimi kenapa harga sekarang dah turun?.
Ada tak soalan begini terhadap diri anda. Bagi saya, kalau tanya kenapa harga turun mungkin disebabkan ramai pemilik emas menjual emas mereka disebabkan untuk membeli perbelanjaan awal tahun dan juga bagi menyambut perayaan tahun baru cina. Penurunan ini memang amat ketara dalam masa sebulan daripada harga pernah mencecah RM3200 bagi bulan penghujung 12 tahun lepas telah menjadi RM3030 pada 30 Jan 2011.

Penurunan harga emas ini sebenarnya ditunggu-tunggu bagi pelabur yang baru ingin berjinak-jinak dalam memiliki emas dan bagi pemilik emas yang dah lama inilah masanya mereka mengumpul stok emas mereka. Jom kita tambah kekayaan dengan memiliki stok emas.

Selepas tahun baru cina, harga dijangkakan akan naik semula dan dijangkakan pada tahun ini kenaikan harga emas sehingga USD1600/oz jika dibandingkan dengan harga sekarang sebanyak USD1340/oz.

Sebagai peminat emas, naik harga kita jual, turun harga kita beli. Selagi kita simpan emas atau tak jual emas kita tidak rugi apa-apa.