Monday, August 22, 2011

UPDATE HARGA OGOS 2011


Apa khabar semua, sudah lama saya tak update blog ini.

Alhamdulillah dan syukur bagi sesiapa yang sudah menyimpan emas sebelum ini.
Berita gembira untuk pelabur2 emas, harga emas telah naik dengan tinggi sekali kepada 1890 mata iaitu kalau harga 20g PG sekarang dalam RM4004 sungguh lumayan bagi sesiapa yang ingin memunggut hasil.

Perbezaan harga ini anda boleh lihat dalam post saya yang terdahulu dan bandingkan harga tersebut.

Bagi sesiapa yang masih belum memiliki barang berharga ini, cepat-cepatlah memilikinya sebelum anda tidak boleh memilikinya langsung. Buang sikap tunggu dulu, harga jatuh baru beli. Sikap ini sebenarnya membuatkan anda tidak langsung untuk memilikinya kerana menunggu harga supaya jatuh. Emas jatuh sedikit sahaja tetapi kalau naik mendadak.

Kenaikan emas ini mungkin disebabkan oleh kejatuhan ekonomi US yang teruk sekarang ini yang mempunyai hutang bertrilion dan juga sedikit permintaan menjelang perayaan Aidil Fitri.

Disini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.