Tidak lama lagi musim cuti sekolah, banyaklah pasangan yang ingin mendirikan masjid iaitu berkahwin. Mendirikan masjid memang baik, tetapi bagaimana persiapan untuk mendirikannya. Persiapan dari segi kewangan sudah cukupkah.
Bagi lelaki banyak belanja kewangan yang perlu difikirkan ialah sebelum dan selepas perkahwinan. Sebelum perkahwinan bagi lelaki perlu menyediakan wang hantaran, mas kahwin, cincin, belanja majlis sama ada buat di hotel, dewan atau di kawasan rumah sendiri. Selepas kahwin wang belanja dapur, belanja rumah sewa, belanja elektrik, air dan telefon, belanja honey moon dll itu semua perlu difikirkan.
Bagi perempuan belanja kewangan sewaktu berkahwin mungkin dari segi persiapan bilik pengantin, pelamin, mak andam , foto perkahwinan dll.
Samada lelaki atau perempuan persiapan kewangan memang perlu dirancang. Ada sesetengah pasangan membuat pinjaman bank, dapat duit terus berkahwin. Patutkah begitu. Sebenarnya pinjaman boleh dibuat jika ia membawa kepada keuntungan kepada kita. Contohnya buat pinjaman untuk beli emas atau buat pelaburan yang sah. Bagi saya pinjaman kalau untuk berkahwin macam cerita p.ramlee iaitu seniman bujang lapok yang part laki tu marah bini dia dengan anak masih kecil dan ramai tapi masih tak dapat bayar hutang.
Untuk penyelesaian masalah kewangan dalam perkahwinan ini, pelaburan dalam emas fizikal dapat membantu anda. Bagaimana caranya?
Katakan anda ingin berkahwin dalam 5 tahun lagi. Anda ada simpanan sendiri beli emas dahulu. Dengan membeli emas fizikal dapat meningkatkan keuntungan anda berbanding menyimpan di dalam bank. Keuntungan ini berdasarkan harga emas yang meningkat pada setiap tahun pada kadar purata 20% setahun berbanding dengan dividen yang diterima dari bank lebih kurang 8% setahun.
Jika anda tidak mempunyai simpanan yang banyak untuk membeli emas fizikal anda boleh membuat pinjaman bank. Pastikan anda membuat pinjaman dengan dapat membayar pinjaman pada setiap bulan sehingga lima tahun. Bukannya membuat pinjaman waktu-waktu terdekat sewaktu anda ingin berkahwin kerana dengan cara itu amat merugikan anda.
Setelah anda membeli emas fizikal anda simpan sehingga lima tahun dan pada waktu tersebut anda telah mendapat sekali ganda dari pelaburan emas awal anda. Contohnya anda beli emas fizikal waktu mula-mula dahulu RM10,000 setelah lima tahun emas anda telah menjadi sekali ganda lagi bermakna anda telah mendapat RM20,000. Dengan wang itu anda boleh membuat persiapan perkahwinan anda.
Selain itu, emas fizikal tersebut boleh dijadikan sebagai hantaran perkahwinan yang tinggi nilainya walaupun dengan sekeping 20gram.
Selain itu juga, anda boleh mendapatkan wang dengan teknik rempit emas fizikal di Agrobank dalam waktu-waktu terdekat anda ingin mendirikan masjid. Anda dapat duit dari kaedah itu
dan dalam tempoh enam bulan kemudian anda dapat semula emas anda setelah anda selesai membayar semula wang yang anda dapat dari teknik merempit itu.
Macam mana menarik bukan dengan pelaburan emas ini. Rancanglah masa hadapan anda dari awal. Jangan tunggu lama harga emas semakin naik.
RANCANGLAH PERKAHWINAN ANDA DARI SEKARANG DENGAN MEMBELI EMAS FIZIKAL.
SELAMAT MENDIRIKAN RUMAH TANGGA.