Tuesday, November 2, 2010

MENCARI PELABURAN YANG TERBAIK

Ada orang yang masih tertanya-tanya kepada saya "apa yang saya dapat bila saya membeli emas?".

Untuk menjawab soalan itu, saya menjelaskan "anda beli emas dan anda dapat emas dan anda simpan emas itu".

Mungkin ada yang pernah mendengar tentang penipuan dalam pembelian emas yang tertera dalam akhbar. Mengapa penipuan ini boleh berlaku dan apa perbezaan dengan emas PublicGold?

1. Ia terjadi apabila anda membayar wang tetapi anda tidak mendapat apa-apa untuk disimpan dari syarikat X.

mencari pelaburan yang terbaikBagi PublicGold, apabila anda membeli emas PublicGold anda mendapat emas fizikal PublicGold berdasarkan berat yang anda beli. Ketulinan emas PublicGold telah disahkan tulin dan mendapat sijil pengiktifan ketulinannya seperti gambar diatas. Kalau anda masih ragu-ragu ketulinannya anda boleh pergi ke ar-rahnu untuk menguji ketulinannya.



2. Anda dijanjikan dengan pemberian dividen/faedah yang diberikan oleh syarikat X jika anda membeli emas tersebut.

PublicGold tidak menjanjikan apa-apa pemberian wang dividen/faedah kepada orang ramai yang membeli emas PublicGold. Jika keuntungan emas yang dicari oleh pembeli ia adalah daripada usaha/tindakan pembeli itu sendiri dalam menjual emas itu.

Dari segi peratusan keuntungan emas yang diberitakan dalam blog ini ia adalah hasil kajian dari graf yang diperolehi dari http://www.kitco.com/ yang merupakan paparan yang memaparkan harga-harga bahan galian dunia seperti graf emas yang sentiasa meningkat dibawah ini.



3. Apabila syarikat X meminta membeli emas dan mengarahkan untuk mencari downline seperti MLM (sistem kaki, maintain pembelian)

PublicGold tidak ada mengarahkan pembelinya untuk mencari downline jika membeli emas fizikal PublicGold. Setelah anda bayar dan anda dapat emas fizikal tersebut, ia telah menjadi hak milik anda. Ia seperti anda beli barang kemas di kedai emas, anda beli kemudian anda dapat barang tersebut dan anda pakai/simpan. Jadi anda tak perlu mencari orang untuk mengekalkan point anda. Keuntungan berdasarkan dari kebijaksanaan jangka masa anda menjual emas tersebut.

4. Apabila syarikat X tidak mendapat pengesahan dari mana-mana badan berkaitan.

PublicGold telah mendapat surat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia menjalankan urusniaga penjualan jongkong emas.

Malaysia Book of Record juga telah memperakukan Public Gold sebagai sebuah syarikat yang pertama di Malaysia yang menyediakan sijil pengeluaran jongkong emas 999.9 yang asli. Selain itu, PublicGold juga mendapat pengesahan ketulinan emas seperti gambar di atas. Oleh itu, anda tidak perlu risau dari kesahihan syarikat ini menjalankan perniagaan emas fizikal.