
Anda sebagai ibubapa semestinya mahu melihat anak anda berjaya suatu hari nanti dalam erti kata 'dapat belajar sampai di universiti'. Sekiranya anda mempunyai niat begitu, apakah perancangan anda bagi memudahkan anak anda suatu hari nanti dapat belajar tinggi di luar negara atau di dalam negara.
Untuk meneruskan proses pembelajaran anak anda, anda perlu menyediakan sejumlah wang yang cukup untuk anak anda belajar. Mungkin anda berfikir tak perlu menyediakan simpanan untuk perkara tersebut disebabkan adanya pinjaman belajar. Pinjaman belajar memang ada disediakan tetapi perlukah kita berhutang untuk itu(bayaran pokok + bayaran faedah pinjaman). Selalunya wang yang banyak perlu digunakan untuk permulaan belajar nanti. Anda perlu membayar wang permulaan dengan menggunakan wang anda sendiri. Jika anda mempunyai hasrat untuk menghantar anak ke luar negara anda perlu menyediakan perbelanjaan yang besar juga.
Simpanan yang saya maksudkan adalah simpanan emas fizikal kerana menyimpan emas adalah berbaloi-baloi untuk masa hadapan anda berbanding dengan wang kertas.
Mari kita kira simpanan emas fizikal anda untuk anak anda nanti.
Simpanan emas anda lakukan selama 15 tahun bermula dari anak anda lahir sehingga anak anda tamat bersekolah menengah.
Anda sasarkan satu tahun anda membeli dua ketul emas 20gram.
Ini bermakna anda mempunyai 30 ketul emas dengan berat 600gram banyaknya.....sepanjang 15 tahun.
Dianggarkan emas mempunyai kadar kenaikan purata minimum sebanyak 20% setahun.
Cuba anda bayangkan selama 15 tahun menyimpan emas fizikal keuntungan yang anda dapat adalah sebanyak 300% yang belum ditambah dengan berat emas yang anda ada.
Dengan emas fizikal yang anda ada itu sebanyak 30 ketul, anda boleh menjual emas mengikut banyak mana wang anda perlukan, 5 ke 6 ketul bagi menampung perbelanjaan sekolah anak anda.
Atau pun anda boleh memajak emas fizikal bagi mendapatkan wang bagi tujuan pembelajaran anak anda. Jika anda mempunyai wang kembali anda boleh menebus emas pajak yang anda pajak tadi.
Ini adalah gambaran bagi membantu anda merancang masa hadapan anak anda. Anda harus bijak dalam memilih pelaburan sebenar untuk merancang segala perancangan yang anda inginkan.