Sunday, February 27, 2011

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA

dinarDisini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini dengan memberikan galakan supaya meneruskan bisnes ini yang membawa banyak kelebihan dan keuntungan kepada saya,

Tidak lupa juga kepada pembeli-pembeli emas dari saya sama ada dengan jumlah yang kecil atau yang besar sumbangan anda amatlah berharga. Saya sewaktu mula-mula berjinak dengan emas ini pun bermula dengan kuantiti yang kecil 1 dinar dan 20gram gold sahaja. Beli sikit-sikit dahulu lama-lama jadi bukit. Bagi pembeli yang sabar menunggu stok pun saya ucapkan terima kasih kerana masih lagi tetap membeli dengan saya walaupun terpaksa menunggu dalam seminggu.

Disini juga saya paparkan sebab-sebab mengapa kita perlu membeli emas:
Kepentingan Dinar Emas dalam Ekonomi Islam
  • Oleh kerana Dinar adalah emas, maka nilainya begitu kukuh dan tahan inflasi. Zaman Rasulullah SAW, 1 Dinar bersamaan nilai seekor kambing dan sekarang pun nilai 1Dinar masih bersamaan seekor kambing. Dah lebih 1400 tahun pun masih tak berubah.
  • Justeru nilai Dinar tidak berubah, maka tindakan spekulatif di pasaran wang antarabangsa tidak akan terjadi. Di samping tidak dipengaruhi oleh kadar inflasi, Dinar juga tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Dengan lain perkataan, Dinar adalah wang bebas riba. Kestabilan Dinar juga akan mempromosikan perdagangan dan menstabilkan sistem kewangan antarabangsa. (Shabri, M., 2006)
  • Melihat pentingnya peranan Dinar dan Dirham dalam menstabilkan sekaligus memulihkan ekonomi umat, maka fiat money (wang kertas) dianggap sebagai musuh utama ekonomi Islam. Tanpa menggantikan fiat money dengan Dinar dan Dirham, institusi-institusi kewangan Islam seperti bank Islam, insurans Islam (takaful), bond Islam (sukuk), dan pajak gadai Islam (ar-Rahn) tidak akan dapat dioperasikan 100% murni berteraskan al-Qur'an. Operasi institusi kewangan Islam tanpa kehadiran Dinar dan Dirham sangat sukar dibebaskan dari praktik-praktik riba, gharar, dan maysir. (Shabri, M., 2006)
  • Bagaimanapun, semua pakar ekonomi Islam kontemporari yang mengkaji tentang usaha pendaulatan Dinar dan Dirham sebagai matawang tunggal dunia Islam bersetuju agar ianya didaulatkan secara berperingkat-peringkat. (Meera, A.K.M dan Aziz, H., 2002)
Hadits berkaitan suruhan menyimpan dinar & dirham:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.