Dijangkakan pada tahun hadapan 2011 emas akan mencecah 1500 mata. Walaupun pada waktu ini harga ada jatuh tetapi kita tidak perlu risau kejatuhan itu tidak akan merugikan kita selagi kita tidak menjual emas tersebut. Sama-samalah kita tunggu, naik pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Jika kita kaji graf emas pada tahun-tahun sebelum ini, graf tersebut menunjukkan harga emas semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Jika kita bandingkan dengan harga saham ia mempunyai harga par atau nominal. Harga saham boleh jatuh daripada nilai par dan ia pernah terjadi dalam jangka masa yang lama untuk naik semula. Pengalaman ini pernah saya rasai bagi saham amanah. Berbanding dengan emas ia tidak mengecewakan kita.
Disini saya nak cerita bagaimana karektor pembeli emas. Pembeli semasa mereka memang betul-betul nak beli emas ada yang menunggu harga supaya jatuh walaupun sekadar 2,3 ringgit. Memang betul kita nak harga rendah tetapi pada waktu menunggu itu harga menjadi semakin naik. Bak kata sifu kalau ada duit terus beli je jangan tunggu-tunggu.