Saturday, October 16, 2010

JUTAWAN EMAS vs JUTAWAN KERTAS

Orang yang mempunyai wang RM1,000,000 dikenali sebagai jutawan iaitu orang kaya.

Sewaktu aku bersekolah dulu aku bawa wang 60sen pergi ke sekolah dan wang itu dapatlah aku beli makanan dan minuman semasa waktu rehat. Tetapi sekarang masa telah berlalu, budak-budak sekarang pergi ke sekolah membawa RM2 dan lebih untuk belanja mereka semasa rehat. Dari sini kita boleh nampak perbezaan wang untuk pembelian barang. Kalau dulu RM1 boleh dapat empat jenis kuih tetapi sekarang RM2 baru dapat empat jenis kuih.

Mungkin juga kita pada suatu hari nanti orang yang mempunyai RM1,000,000 bukan lagi orang kaya kerana RM1,000,000 itu semacam wang RM100,000 pada masa sekarang. Adakah anda faham maksud saya ini.

Berbanding dengan orang mempunyai simpanan emas mereka akan menjadi jutawan sampai bila-bila kerana emas memang mempunyai status yang tinggi.