Thursday, October 28, 2010

MENUNAIKAN HAJI

Simpanan untuk jangka masa panjang. Apa perancangan anda pada masa hadapan dalam tempoh 5 tahun akan datang?. Masing-masing mempunyai impian tersendiri. Bagi memenuhi impian itu anda memerlukan wang bukan?. Ada yang merancang untuk berkahwin, menunaikan haji, pergi melancong, memakai kereta mewah, membeli rumah idaman dll pada masa hadapan.

Jadi apakah perancangan anda untuk mencapai impian anda itu?. Jalan penyelesaiannya adalah dengan melabur dalam emas fizikal. Anda beli/bayar anda dapat emas.

menunaikan hajiMENUNAIKAN HAJI
Saya ambil satu contoh impian anda seperti ingin menunaikan haji dan kos menunaikan haji adalah sebanyak RM12,000 pada masa sekarang 2010, kalau saya tak silap. Anda ingin pergi haji dalam masa lima tahun akan datang iaitu pada 2015.

Beli emas fizikal
Anda beli emas fizikal dengan berat 20gram pada masa ini RM3000 dan anda simpan.
Kemudian anda buat simpanan biasa di bank setiap bulan sebanyak RM200 sebulan sehingga 5 tahun (RM200x12bulanx5thn) dan jumlah simpanan tersimpan sebanyak RM12,000.
Apabila telah cukup wang RM12,000, anda membawa wang tersebut ke tabung haji setelah lima tahun.

Semasa anda ingin membayar wang tersebut, agak-agak anda kos untuk menunaikan haji tahun 2015 masih sama ke dengan harga pada tahun 2010. Semestinya tidak sama dan kos sebenarnya telah meningkat mungkin telah menjadi RM15,000 dalam masa lima tahun tersebut. Peningkatan berlaku mungkin disebabkan harga penerbangan yang tinggi kerana harga minyak telah naik, mungkin juga disebabkan kos tempat tinggal dan kos pengurusan. Anda hanya memerlukan RM3,000 lagi untuk mencapai impian anda itu.

Pada masa inilah emas fizikal dapat membantu anda. Dalam masa lima tahun tersebut harga emas mungkin telah meningkat dijangka purata minimum kenaikan sebanyak 20% setahun. Jika anda menjual emas anda pada tahun itu(2015), anda dapat menjual dengan harga RM6,000. Jadi, dengan wang itu anda boleh membayar baki kos untuk menunaikan haji. Selebihnya sebanyak RM3,000 anda boleh simpan.

Simpan wang selama 5 tahun
Jika anda mengunakan kaedah ini pula, anda perlu membayar sebanyak RM250 sebulan selama lima tahun untuk menjadi (RM250x12blnx5thn) RM15,000. Mungkin anda mengatakan tiada beza pun hanya tambah RM50 je iaitu dari RM200 ke RM250. Tetapi cuba anda bezakan pula, dengan kaedah emas tadi ia mempunyai lebihan wang sebanyak RM3,000 banyak tu berbanding dengan kaedah simpanan sahaja. Kaedah ini anda simpan wang untuk cukup-cukup sahaja.

Tadi saya juga hanya mengunakan anggaran kenaikan kos haji sebanyak RM5,000 selama lima tahun bagaimana kalau kenaikan lebih daripada itu. Maksudnya impian anda untuk menunaikan haji perlu ditangguhkan untuk setahun lagi nampaknya kerana tak cukup syarat pembayaran.

Pilihan ditangan anda, disini saya hanya menjelaskan faedah dari pelaburan emas fizikal ini. Fikir-fikirlah. Jika ingin melabur dalam emas ini jangan terlalu lama membuat keputusan kerana masa itu emas.