Orang muda dan yang bujang-bujang saya galakkan supaya membuat pelaburan dalam emas. Pada waktu ini, anda tidak lagi mempunyai tanggungjawab yang besar bagi menyara keluarga, anak-anak dan isteri. Duit yang anda perolehi, sebaiknya anda laburkan dalam pembelian emas terutama emas fizikal (jongkong).
Apabila anda telah mempunyai tanggungjawab untuk menyara keluarga anda mungkin sukar untuk menyimpan duit lagi. Pada masa inilah anda boleh menggunakan jongkong emas anda itu dalam membantu membeli keperluan anda sekiranya anda dalam keadaan terdesak. Jongkong emas boleh anda pajak di mana-mana kedai pajak untuk mendapatkan duit tapi seelok-eloknya saya syorkan di Agrobank kerana urusan pajak adalah secara islamik (ar-rahnu).
Sekarang mari kita kira, sekiranya anda ingin melabur dalam emas ini:
Umur sekarang 25 tahun dijangka berkahwin umur 32 tahun; 8 tahun untuk pelaburan emas.
Setahun anda target untuk membeli 3 jongkong emas dengan beratnya 20gram.
Kalau 8 tahun anda mempunyai 24 jongkong emas (banyak tu).
Daripada pelaburan anda itu anda akan mendapat keuntungan yang banyak kerana pelaburan dalam emas ini ia mempunyai graf yang menaik iaitu memaparkan harga emas semakin meningkat.
Berbanding, jika kita menyimpan wang di bank, wang yang kita simpan itu selama 8 tahun mungkin akan meningkat kerana mendapat dividen tetapi dengan keadaan inflasi wang yang ada itu adakah sama nilai dengan barang yang kita beli pada masa hadapan. Sebagai contoh suatu hari nanti mungkin duit RM10 hanya dapat beli 5 keping kuih berbanding RM2 untuk 4 keping kuih. Walaupun duit kita banyak dalam bank tetapi suatu hari nanti ia tiada nilai berbanding dengan emas.
Renung-renungkanlah wahai orang muda........ingatlah masa hadapan anda, simpan emas ke... atau simpan duit.