Saturday, October 9, 2010

JADI EJEN

Alhamdulillah, pada awal bulan 10 2010 nie barulah aku menjadi ejen/dealer. Jadi ejen nie dapatlah sikit-sikit duit belanja.Komisen yang diberi hanya 1.5% kalau tk silap dapatlah sikit.

Aku mula berjinak dalam emas pada Oktober 2009. Pada tahun itu aku beli emas sikit-sikit dan ada perasaan takut-takut untuk beli tapi bila tengok harga semakin naik dan emas yang aku beli tiada masalah, aku menambah koleksi emas aku.

Pada waktu aku mula-mula beli dulu harga 20gram dalam RM2050 kalu tk silap sebab dah lama. Tapi sekarang harga telah mencecah RM3000. Hehe seronoknya sekarang. Dalam tempoh setahun aku membeli nampaklah perbezaan harga tu. Tak rugi aku beli. Tapi aku rasa galat pulak kerana tak beli banyak-banyak sewaktu harga masih RM2000.

Aku ingin berilah nasihat kepada pengemar emas yang baru berjinak-jinak, kalau ada duit tu terus je beli tak usah tunggu harga nak turun ke, takut nak beli, nak simpan duit dll. Fikirlah jangka masa panjang. Kalau nak tunggu turun lagi banyak mustahillah, Kalau nak tunggu turun 2,3 ringgit, rugi masa je. Sebab semua tu aku dah rasa. Alih-alih harga makin naik. Nak sedapkan hati aku kata 'Untung untuk jangka masa panjanglah'.