Monday, October 25, 2010

NIAT TAMBAH PENDAPATAN/ASET


Apa yang perlu aku lakukan sekarang, duit aku tak banyak tapi aku berminat dengan emas nie?. Ini adalah soalan yang aku suka, kerana pembeli ini ada niat untuk membeli tetapi kekurangan duit. Bagi saya jika mereka ada niat, urusan mereka akan dipermudahkan, tidak mengapa jika mengambil masa untuk memilikinya.

Niat adalah penting bagi memulakan sesuatu. Jika seseorang tidak mempunyai niat, sesuatu perkara itu tidak akan berjalan sehinggalah orang itu berniat untuk melaksanakannya dan segalanya akan menjadi mudah. Contohnya jika anda ingin makan (mempunyai niat untuk makan) anda akan pergi mencari makanan tersebut. Jika anda ingin melancong / pergi menunaikan haji (niat melakukan perkara tersebut) anda akan dapat melakukannya walaupun mengambil masa untuk pergi melancong/menunaikan haji. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika anda inginkannya anda akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya juga.


Sekarang bagi yang mempunyai niat untuk membeli emas ini, anda boleh mulakan dengan membeli 20gram jongkong emas dengan harga sekitar RM3000. Jika anda masih tidak cukup untuk membeli emas tersebut saya boleh membantu anda dengan memberikan cadangan. Jika anda berminat anda boleh hubungi saya 012-3697721.

Dengan pembelian emas ini, anda boleh menambahkan pendapatan jika anda menjual emas tersebut dalam tempoh tertentu dan boleh juga menjadi aset jika anda menyimpannya.