Harga emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 / Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 / Oz
Sumber : www.lbma.org.uk (klik sini)
Bagi sesiapa yang membeli emas dari awal tahun, anda pasti tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas yang tinggi nie.
Bagi mereka yang masih ternanti-nanti, tak beli lagi dan masih tertunggu-tunggu harga emas murah, meh sini saya nak bagitau.
Persepsi harga emas masih mahal @ terlalu mahal.
Bilakah anda ingin memulakan untuk membeli emas jika anda asyik mengatakan tunggu dulu emas turun, tak ada duit nak beli emas, risau kalau simpan emas dll. Walaupun anda tahu kelebihan menyimpan emas adalah menguntungkan. Persepsi orang rata-rata mengatakan harga emas mahal. Apa saja harga emas, mesti orang cakap harga emas mahal.
Jarang saya jumpa orang cakap harga emas nie murah:
Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal
Kesimpulannya, apa pun harga emas, orang akan cakap harga emas mahal.
Jadi, bila boleh beli emas nampaknya, dari tahun ke tahun harga emas memang naik. Kalau asyik dengan "tunggulah..... harga emas tengah naik sekarang.....tak boleh beli" alamatnya tak beli emaslah jawabnya.
Bila masa nak beli emas?
Sebenarnya, waktu yang terbaik untuk membeli emas ialah waktu anda ada duit yang mencukupi.
Kalau duit dah cukup.. beli ajer dan simpan. Gerenti untung sebab harga emas masih berpotensi untuk bergerak naik mencecah 2500 USD/Oz.
hehehe.. banyak tu.. peluang menjana keuntungan masih terbuka luas.
Jangkaan harga emas boleh mencecah USD2500/Oz?
Baiklah, saya ingin berkongsi maklumat daripada sebuah buku yang bertajuk: The Trader’s Great Gold Rush - Must Have Methods for Trading and Investing in the Gold Market.
Buku ini ditulis oleh James DiGeorgia.
Beliau merupakan pengasas Gold and Energy Advisor (www.goldandenergyadvisor.com) dan merupakan pakar di dalam bidang pelaburan emas dan komoditi.
Di dalam buku ini, James DiGeorgia yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500 / Oz kerana 4 sebab utama:1. Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya
akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.
2. Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas
3. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik
(perang atau ketidakstabilan politik)
4. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.
.
Beliau menyatakan “Apa yang menarik mengenai harga emas ialah trend kenaikan harga emas - bull market boleh bertukar menjadi raksasa”.
Harga emas tidak akan naik terus menerus dalam garisan lurus, akan berlaku penurunan harga semasa proses kenaikan (market correction), tetapi di dalam jangkamasa panjang harga emas akan meningkat.
Beliau memberikan nasihat berikut ” Beli emas sebagai pelaburan sekarang sebelum pasaran emas menjadi panas (orang berpusu-pusu membeli emas). Lepas tu kita boleh bergembira melihat kenaikan harga emas daripada USD1000 kepada USD2500″.
Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my seperti disebelah sebagai panduan.Mari kita kira berapa harga emas 999 jika harga mencecah USD 2500.
USD2500/28.35g=USD88.18xRM3.20=RM282.19
Bezakan dari harga RM160/gram dijangkakan menjadi RM282/gram. Berapa harga agaknya 20gram emas suatu hari nanti kalau kita beli emas pada harga RM282/gram. Kalau sekarang 20gram dalam sekitar RM3k.
Itu kalau kita beli waktu itu (RM282.19), bagaimana kalau kita jual pula pada harga tersebut (RM282.19) banyak untung maaa......Jadi, masa inilah kita patut membeli emas banyak-banyak untuk mendapatkan untung pada harga RM282/gram.
"DAPAT DUIT TERUS BELI, MASA ITU EMAS "