Emas merupakan salah satu pelaburan yang terbaik. Nilai emas sentiasa menunjukkan peningkatan ini disebabkan faktor permintaan dan nilai wang fiat yang semakin menurun nilainya. Ayuh, marilah kita menyimpan emas dari sekarang. Jika anda berminat untuk melabur/membeli emas fizikal, anda boleh hubungi saya suhaimi 012-3697721. Saya sebagai authorized dealer (A1106) menjual dan membeli emas Public Gold(PG). Emas PG mempunyai 20g, 50g dan 100g semestinya emas 999.9 atau 24k yang tulin.
Sunday, October 24, 2010
CARI DUIT BELI EMAS
Wow banyaknya duit. Kemana duit tu nak dibawa? Kenapa duit tu kena timbang?
Ini semua kerana wang ini tiada nilai lagi. Wang yang begitu banyak perlu ditimbang dan dipeluk untuk membeli barang keperluan. Bayangkan jika negara kita Malaysia dalam keadaan sebegini. Sanggupkah anda hanya ingin membeli barang dapur, anda perlu menimbang wang seperti gambar diatas. Perkara sebegini mungkin juga boleh berlaku di Malaysia sekiranya kita mencetak wang sesuka hati.
Wang di negara Zimbabwe berjumlah 10 juta, banyak angka sifarnya. Tapi dengan wang 10 juta itu dapat beli ape ye. Kalau di Malaysia kalau ada 10 juta, orang tu dikenali sebagai jutawan dapat beli beberapa kereta mewah, beberapa rumah banglo dsbnya.
Lihat sifar pada duit Zimbabwe ini, banyak betul. Wang 100 billion ini hanya dapat membeli 3 biji telur sahaja, yer ker. Tak percaya itulah hakikatnya bagi negara Zimbabwe.
Kalau tak percaya, negara jiran kita yang menggunakan matawang rupiah pun, mempunyai wang yang besar. Bila sebut 1juta rupiah bagi mereka adalah kecil sahaja. Tetapi 1juta ringgit banyak tu bagi kita.
Oleh itu, anda ingin simpan wang ke atau simpan emas. Tak salah kalau ingin menyimpan wang tetapi anda perlu juga menyimpan emas untuk masa hadapan yang kita tidak tahu apa akan jadi suatu hari nanti di Malaysia yang kita cintai ini.
Sekirannya anda menyimpan emas, anda boleh bawa emas kemana-mana negara pun. Semua negara mengakui atau mengiktiraf emas dan anda boleh jual dimana-mana sahaja. Berbanding dengan wang yang mempunyai perkataan Ringgit Malaysia hanya boleh dipakai di negara ini sahaja, tidak di negara lain. Anda boleh buat penukaran matawang tetapi adakah wang anda sama nilai dengan wang negara yang anda ingin tukar.
Apalagi yang ditunggu. Keputusan ditangan anda. Anda tidak rugi apa-apa. Beri duit dapat emas.
Labels:
Duit Tak Laku,
Kajian emas,
Pelaburan Emas